Jumaat, 6 Julai 2012

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


TAMPIL BERSAMA WARGA TENTERA <b>DI PORT DICKSON</b>

Posted: 01 Jul 2012 10:40 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
PADA 30hb Jun baru-baru ini, sejarah tercipta buat aku apabila tampil di pentas ceramah umum di Batu 4, Port Dickson iaitu tempat di mana aku dilatih di dalam bidang ketenteraan dahulu.  Sasaran program tersebut sudah pastinya adalah warga tentera sekitar Port Dickson dan bekas-bekas tentera yang menetap di sana.
Atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) yang diwujudkan di dalam PKR Pahang, diasaskan oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman maka aku penuh yakin bahawa kali ini di dalam PRU akan datang, undi majoriti warga tentera akan berpihak kepada PR.  Kehadiran malam itu, majoritinya adalah warga tentera dan bekas-bekas tentera kerana telah diwar-warkan bahawa program malam itu memang khusus untuk golongan ini.
Malang sedikit, program malam tersebut tidak dapat menyaksikan kemunculan Brig Jen (B) Hadi, bekas Panglima dari TUDM yang ada kaitan dengan isu kontroversi kehilangan injin pesawat TUDM.  Beliau tidak dapat hadir di saat-saat akhir kerana keuzuran.  Namun, program malam tersebut dipanaskan oleh seorang tokoh muda yang hebat iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR Pusat.  Aku beranikan diri di pentas untuk bercakap berkaitan isu-isu tentera.
Di antara yang aku sebut adalah mengapa warga tentera mesti berpolitik.  Mengapa politik itu penting untuk warga tentera walaupun mereka dilarang untuk menyertai mana-mana parti politik.  Mengambil tahu tentang politik akan dapat memastikan bahawa warga tentera tidak boleh diperdayakan sesuka hati oleh pemimpin-pemimpin politik.  Aku juga menyentuh beberapa isu berkaitan aspek keselamatan dengan membawa kisah atau peristiwa Sauk (Al-Maunah) yang terjadi pada tahun 2000 yang lalu.  Terbaru, peristiwa pencerobohan kem tentera di Melaka.
Sesuai dengan tempatnya, aku juga menyentuh tentang janji-janji Isa Samad (Adun Bagan Pinang) sewaktu beliau berkempen di dalam PRK Dun Bagan Pinang sebelum ini.  Sdr Rafizi menambahkan lagi panas ceramah malam itu apabila beliau turut mendedahkan betapa Najib adalah pengkhianat negara kerana sanggup menjual rahsia keselamatan negara di dalam isu pembelian Scorpene.
Dan, banyak lagi isu-isu berkaitan dengan tentera disentuh malam itu bukan sahaja oleh KOBAT tetapi juga oleh Sdr Rafizi.  Aku merasa program malam itu sangat berjaya kerana bukan mudah untuk mengumpulkan warga tentera dan bekas-bekas tentera untuk hadir di dalam program ceramah seumpama ini.  Syabas pihak penganjur dan terima kasih kepada warga tentera serta bekas-bekas tentera yang sudi hadir./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads