Selasa, 17 Julai 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: HANTU 3G MENGAMUK <b>DI</b> KUALA PILAH

Posted: 02 May 2012 01:56 AM PDT


23hb.April.2012. Aku baru je dapat 'Samsung Galaxy Note' yang aku teringin sangat tu, macam macam aplikasi ada kat dalam, tapi aku tak tau pakai lagi, nak bukak pun tak reti, line tak ada lagi, satu aplikasi yang aku tau memang ada ialah 3G, boleh ambik video, boleh sembang dengan orang lain dalam bentuk audio video, memang best la, tapi aku mungkin tak kan guna agaknya, kenapa?.
   Aku sebenarnya tengah seram sejuk, semenjak aku balik kampung baru baru ni, kat pekan Kuala Pilah tengah heboh pasal hantu 3G tengah mengacau pengguna pengguna handphone yang ada aplikasi sebegitu, sampai tak da sapa pun berani guna, ada yang nak simpan handphone yang ada aplikasi tu tak berani, takut kena kacau.
   Kisah bermula disebuah taman perumahan dikawasan yang bernama 'Dioh', berdekatan dengan pekan Kuala Pilah, apabila disatu senja seorang remaja yang sedang kesaorangan sedang ber 3G dengan kawan didalam talian, sedang dia ber 3G itu kawan dia ditalian itu bertanya, "Sapo dongan kau kek belakang tu", remaja itu jawab "Mano ado sapo, den sorang yo kek sini", "tu kek bolakang kau tu sapo" kawan tu beritahu, remaja tu terus toleh kebelakang, memang konfom tak ada sapa sapa dibelakang dia, "mano ado, tak do pun", "tuu yang tongah tengok handphone sokali ngan kau tu apo" kata kawan tu, remaja tu pun mula rasa seram sejuk, perlahan lahan dia menoleh ke belakang, memang tak da sapa tapi badan dia rasa lain macam, bulu roma dia mula naik, seraaaaaaaammmm, dengan tak teringat apa terus lari sambil terkencing kencing. Semenjak dari saat itu maka hebohlah seluruh pekan Kuala Pilah bercerita pasal hantu 3G yang sentiasa akan menganggu pengguna pengguna handphone yang ada aplikasi 3G.
   Menurut cerita dari sumber yang berdekatan, dikawasan perumahan itu sebelum ni ada sebuah rumah kosong disebelah bawah tebing yang penuh dengan semak samun dan berdekatan rumah itu ada sebuah bengkel dimana dibelakangnya dihimpunkan kenderaan kenderaan yang rosak akibat kemalangan, macam macam kemalangan maut berlaku, salah satu kemalangan tu adalah akibat penggunaan handphone yang ada 3G. Sekarang ini kawasan itu telah diratakan, segala kenderaan buruk yang ada sebelum ini telah dialihkan termasuk juga rumah kosong telah dirobohkan, segalanya telah berubah demi pembangunan projek perumahan yang baru.
   Menurut yang empunya cerita, penghuni kawasan itu sebelum ini termasuk segala jin jin, hantu hantu kat situ dah tak da tempat tinggal, jadi terpaksa lah mereka naik keatas tebing dan merayau rayau tak tentu arah kerana tiada tempat tinggal tetap lagi. Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa pembangunan telah merobek kehidupan yang aman damai yang mereka nikmati sebelum ini, kini mereka terpaksa meneruskan kehidupan didalam arus kemajuan didalam dunia yang penuh dengan kecanggihan teknologi yang terkini.
   Menurut sumber yang tak dikenali, arwah si mati yang kemalangan akibat guna handphone 3G tak tenteram menyebabkan si arwah ni atau mungkin jin yang merupai paras si mati itu meracau racau dan merayau rayau mencari sesiapa saja yang mengunakan 3G, kononnya nak membalas dendam diatas kemalangan yang menimpa nya.
   Ada sumber lain mengatakan mereka mengacau kerana tempat tinggal mereka telah dimusnahkan angkara pihak pemaju dan kontraktor yang sering datang kesitu dan berbual bual dengan orang lain melalui handphone jenis 3G, membuatkan hantu hantu atau jin jin itu menyangka bahawa sesiapa yang mengunakan 3G adalah pihak yang telah memusnahkan tampat tinggal mereka.
   Dan ada juga sumber mengatakan bahawa mereka hanya sekadar suka suka mengacau kerana mereka tiada tempat tinggal tetap dan tak da kerja atau mereka sangat obsess dengan teknologi 3G yang terkini membuatkan mereka tidak melepaskan peluang jika ada sapa sapa yang mengunakan 3G, mereka pun nak tumpang sekaki.
   Bagaimanapun pihak dari syarikat telekomunikasi telah berbincang sesama mereka, jika cerita hantu 3G ini berterusan, berkemungkinan penggunaan perkhidmatan 3G akan jatuh merosot akibat ketakutan atau trauma yang berterusan oleh pihak pengguna, ini akan mengakibatkan perniagaan dalam bidang telekomunikasi jatuh merudum, handphone jenis yang terbaru yang memang dilengkapi 3G akan sukar mendapat pasaran, ini setiuasi yang sangat merbahaya, sesuatu perlu dilakukan. Ada khabar angin mengatakan pihak telekomunikasi telah bersiap siaga untuk memberikan khidamt talian dengan handphone 3G percuma kepada hantu hantu atau jin jin mahupun orang bunian agar mereka boleh berkemunikasi sesama mereka tanpa menganggu pengguna pengguna biasa dari kalangan manusia.
   Cerita diatas adalah berdasarkan kisah benar, tapi telah ditokok tambah dengan sedikit fiksyen untuk disesuaikan kepada tontonan umum, pihak penerbit juga telah melakukan penapisan sendiri bersesuaian dengan saranan pihak LPF, babak ngeri yang keterlaluan telah dipotong terus, dialog dialog atau plot plot yang boleh mengugat akidah umat Islam telah diubah suai, aksi aksi lucah atau seksi yang terlampau telah disimpan untuk koleksi peribadi pihak pengarah, watak watak yang ditonjolkan tiada kaitan samaada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads