Khamis, 26 Julai 2012

05 di ampangan - Google Blog Search

05 di ampangan - Google Blog Search


EDISI SIASAT AANS: Pasar Ramadan <b>Ampangan</b> jual ayam kogheh <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2012 04:19 AM PDT

Saya baru pulang dari Pasar Ramadhan Ampangan (BSN)..

Ramai orang membeli-belah. Seperti tahun-tahun yang lalu, pasar Ramadhan di Ampangan ini memang terkenal dan paling sesak.


Juadah yang dijual unik, pelbagai dan sedap.

Hari ini saya memilih untuk parking di sebelah Plaza Ampangan dan melintas ke pasar Ramadhan BSN.

Setelah membeli juadah sebagaimana dirancang — roti john black pepper untuk berbuka dan nasi ayam madu untuk sahur saya pun berdiri di tepi traffic light untuk melintas jalan.

Sambil menunggu lampu merah untuk laluan kenderaan (kerana tiada lampu untuk pejalan kaki), tiba-tiba seorang polis trafik dengan motosikalnya yang hebat lalu, dan berhenti di laluan kenderaan di sebelah tempat saya berdiri.

Rupanya dia ternampak seorang lelaki bersama seorang anak kecilnya menunggang motosikal, keduanya tanpa topi keledar. Polis itu menegur lelaki berkenaan.

Lelaki berkenaan menjawab teguran polis (yang saya tidak berapa dengar), lalu berpusing ke belakang. Sambil berpusing, saya dengar lelaki itu meninggikan suaranya kepada polis berkenaan (yang berbunyi marah). Kemudian polis itu bertanya kembali kepada lelaki yang sudah sedikit menjauhinya, "Apa dia, encik?" (kerana tidak jelas dengan apa yang lelaki itu marahkan).

Polis itu menjalankan tugasnya dengan baik. Menegur demi keselamatan. Bukannya dia akan mendapat gaji lebih apabila menegur seorang penunggang motosikal yang tidak mempedulikan keselamatan kepalanya sendiri. Gajinya begitu juga.

Walaupun Ampangan itu, kawasannya bercampur-campur — kawasan ekonomi dan petempatan — tetapi jalan raya di situ amatlah sibuk. Itu laluan utama dari Kuala Pilah, Senawang, Paroi untuk ke bandar Seremban.

Walaupun rumah dengan pasar Ramadhan jaraknya sepelaungan, tidak mustahil apa sahaja boleh terjadi. Ingat iklan sos cili?

Sejauh mana kita yakin bahawa diri kita tidak akan ditimpa sebarang kemalangan di jalan raya sehingga akhir hayat kita?

Alangkan pemandu yang cukup berhemah pun boleh ditimpa kemalangan, inikan pula yang langsung tidak ambil pusing tentang keselamatan diri.

Keselamatan diri dan anak pula lagi.

Dimarahkan pula lagi orang yang menegur.

Dalam bulan mulia ini, syaitan diperintahkan berhenti menggoda dan menyesatkan hamba Allah.

Sekiranya hamba Allah itu melakukan dosa dalam bulan ini, ia adalah daripada nafsu dan kebiasaan iaitu tabiatnya sendiri.

Adakah kita menyedari kita ada tabiat buruk yang dilakukan walau tanpa hasutan syaitan?

Jika tidak sayang kepala sendiri pun, hargailah kepala anak yang baru setahun jagung merasa hidup.

Jika mahu mati, matilah seorang diri, janganlah bawa orang lain mati bersama.

Tentunya kita tidak mahu seumur hidup rasa bersalah dan dipersalahkan atas kematian orang yang disayangi disebabkan kecuaian kita. Sikap kita yang tidak peduli tanggungjawab.

Pakailah topi keledar di jalan raya dan pakailah topeng muka di pasar Ramadhan.

Selamat berbuka!

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads