05 di teluk kemang - Google Blog Search |
BBQ <b>di</b> Taman Wetland Putrajaya, Picnic <b>di Teluk</b> - hafiz hafizol Posted: 06 Jun 2012 10:04 PM PDT Assalamualikum. *Sila abaikan tajuk entri yang sangat panjang*
Untuk pengetahuan korang, pengunjung tidak dibenarkan membawa kereta sehingga ke kawasan BBQ. Mereka hanya dibenarkan parkir kereta di luar seterusnya berjalan sehingga ke kawasan BBQ. Kami yang kurang pengetahuan mengenai Taman Wetland ni suka hati je main redah. Tiga buah kereta berkonvoi pada hari berkenaan. Aku naik kereta saga biru. Ini tempat korang nak BBQ. Pekerja taman tersebut akan menghidupkan api di tempat BBQ and then anda boleh start membakar. So, tak perlu nak bawak arang atau mancis bagai. Just bawak ayam yang hendak dibakar. Senang bukan. Huhu. Sebelum membakar, pastikan anda menempah terlebih dahulu tempat tersebut di meja pendaftaran bagi memudahkan sebarang urusan. *ayat skema budak UPSR* Wajib menempah ok. Wajib. Sesi membakar ayam, daging burger dan hotdog sudah tamat. Tak lama pun masa yang diambil untuk ayam masak sebab memang tempat BBQ tu panas gila tak percaya sila letak tangan kau atas tu gerenti masuk wad nanti. Haha. Kak Ya dan Al-Amin sedang mengemas dapur dengan tekun sekali. Sebelum bergerak ke Port Dickson, sempat juga bergambar kenang-kenangan di tepi tasik Taman Wetland. Pemandangan kat sini memang sangat cantik la wa cakap lu ! Sesuai sangat kalau kata Nisa Kay nak photoshoot kat sini. Haha. *sempat lagi seru nama Nisa kay* Hampir tiga jam perjalanan sampai juga kami di Teluk Kemang, Port Dickson. Pelik sebab lama sangat nak sampai? Tak payah nak pelik sangat sebab hari tu memang jem tak hengat. Start jalan keluar Bangi pun dah jem. Mujur Khoiri mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila memandu. Sampai sana terus cari port yang sesuai nak makan BBQ dan mee goreng yang sedap itu. Lapar gila dah nie dari pagi tak makan. Padahal tadi kat Taman Wetland dah habis sepinggan bihun goreng.. Herherherrrr..rr.. Tengah-tengah syok makan tanpa mempedulikan orang meminta seketul ayam bahagian isi, tiba-tibaaa SUPRISEEEE!!!!! Sempat lagi buat SUPRISEE kat Ilyani, birthday girl pada hari kejadian. Pandai je Ilyani buat muka excited padahal dia dah tahu kot orang nak buat surprise kat dia. Haha. "Happy birthday Ilyani semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jangan lupa Apih Apijo tau Yani. Hahaha." Yani kira beruntung sebab memang kitorang takde pun spare tepung atau telur nak baling kat Yani. Hehe. Selepas tamat sesi makan dan sesi bergelak ketawa di hadapan makanan, kami pun bergerak ke Pantai Teluk Kemang yang cantik itu.
wiwiwiiwiiittt.. wiiwiiiiitttttttt…. wiiiittttttttttttttttttttttttwiiiittttttttttttttt… LOL ! Selepas penat bergambar sakan di tepi Pantai Teluk Kemang yang cantik, Berehat puas-puas di bawah pohon asmara. Tetibe asmara dapat nama. Haha. Penat gila muka Khoiri tu. Rehat puas-puas sebab selepas ini kami akan bergerak ke Rembau pulak. Malam nanti ada kenduri kat sana, kenduri rumah Syazwan. Syazwan takde pulak dalam gambar nak tunjuk kat korang. Hohoho. Seharian berjalan nampak Apih Apijo? Well orang ajak I on je ! Rupanya majlis tahlil di rumah Syazwan. Ingatkan kenduri kawin ke apa kan. Dahla pakai baju pun macam nak pergi daki Broga Hill. Haha. Dah orang ajak tebalkan juga muka masuk dalam rumah tanpa mempedulikan lagi baju dan seluar yang sangat sempoi untuk ke majlis tahlil. Memang terbaik lauk ikan keli yang kami makan kat rumah Syazwan. Nama apa ntah lauk tu. Aku pandai makan je nama lauk mana aku nak tahu. Hihihi. Ini juga merupakan kali pertama aku merasa masakan orang Negeri Sembilan.
Haa, inilah dia. Gambar kenangan di Rembau. Sila abaikan muka super excited orang dalam gambar tersebut seterusnya fokus dekat baby yang comel itu. Baby ini pandai tahu. Dia suka betul aku dukung dia. Dengan orang lain dia taknak. Dengan aku dia laju je nak suruh aku dukung. Olo tomey tomey. Nama baby comel nie aku tak tahu. Aku dengar orang panggil dia Bunie so aku pun terus panggil dia Bunie. Sweet kan aku? Hahaha. Hajat di hati nak sambung konvoi pergi rumah Khoiri pulak di Melaka. Hajat jela. Tak pergi pun. Selepas meminta diri untuk pulang, kami terus berkonvoi balik ke Bangi. Kejam Amin tak kasi aku tidur dalam kereta. Konon tak adil buat si pemandu dan penumpang yang lain. Fine Amin. p/s: hoi I'm really really happy maaa konvoi dengan korang. tenss aaa lootttt !
*entri panjang nak mampos ko ade* |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan