Jumaat, 29 Jun 2012

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


PRU13, Penduduk <b>Sikamat</b> mahu BN menang <b>di</b> sini | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2012 05:42 AM PDT

SIKAMAT, 29 Jun – Peranan dan tanggung jawab kerajaan di bawah Barisan Nasional sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun Negeri begitu prihatin kepada permasalahan rakyat, dan bila mana penduduk menghadapi masalah yang melibatkan perniagaan, kehidupan, kesakitan dan pendidikan Barisan Nasional menjadi ibu bapa kepada mereka untuk mendapatkan pertolongan serta bantuan.

Perkara ini sering disentuh oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di setiap ucapannya di majlis yang dihadiri dan dasar yang diperkenalkan beliau, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial (DJKS) amat berjaya sekali dan menjadi contoh Kerajaan Persekutuan.

Di dalam ucapan beliau pula menyatakan, "walaupun kerajaan Negeri melalui JKM membelanjakan RM6.38 juta kepada 26,000 orang setiap bulan, bukan bermakna negeri ini ramai tidak mampu, namun rakyat perlu dibantu melalui jabatan dan agensi yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan."

Tambahnya lagi, "kebanyakan yang mendapat bantuan dari JKM ialah warga emas dan golongan OKU serta keluarga tidak berkemampuan dari segi fizikal untuk bekerja."

Di Negeri Sembilan yang kian pesat membangun ini juga, menurut Menteri Besar, "rakyat seharusnya bersyukur, kerana kerajaan tidak pernah leka bagi memastikan kesejahteraan menjadi keutamaan. Disamping membangunkan negeri, kemudahan insfrastruktur turut disediakan."

Beliau turut berkeyakinan tinggi melihat sokongan penduduk DUN Sikamat akan kembali kepada Barisan Nasional pada PRU-13 kelak, dan harapan ini jelas dilihat dengan kehadiran begitu ramai Melayu, Cina dan India di majlis ini.

Beliau hadir di Program Jalinan Mesra Pemimpin dan Rakyat di Taman Megaway, Sikamat petang tadi.

Beliau yang telah meluluskan pembinaan Dewan Serbaguna untuk penduduk Sikamat sebanyak RM2 juta, telah menambah peruntukan RM1.5 juta untuk pembinaan jambatan sebagai penghubung kerana terdapat sungai yang memisahkan antara jalan utama dan tapak pembinaan dewan.

Bagi perniaga 7 gerai yang sudah meniaga lama di bawah talian TNB, boleh kekal meniaga dengan syarat tidak melanggar hak-hak keselamatan.

Beliau turut melawat pesakit kencing manis, Puan Siti Aishah Saudi di Taman Desa Beringin serta menyumbangkan RM2,000 bagi kos pembedahan mata.

Beliau turut melawat Pusat Penjagaan Orang-Orang Tua 'House of Megaways' yang dihuni oleh warga emas berbangsa Cina dan menyumbangkan RM5,000 untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan.

Seramai 90 orang warga emas turut menerima sumbangan dari Menteri Besar.  Sementara 80 orang penunggang motosikal pula menerima topi keledar yang di sumbangkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan.

18 Persatuan Belia DUN Sikamat pula menerima bantuan alatan sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Turut hadir, Dato' Hj Mohammad Razi Hj Kail, bapa angkat DUN Sikamat, Dato' Abdul Halim Hj Abd Latiff, Yang diPertua Majlis Perbandaran Seremban,  En Hasnul Mohamed, Pegawai Daerah Seremban,Senator Dato' Dr. Yeow Chai Thiam, Ahli Dewan Negara, Dato' T. Rajagopalu, Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan.

Nota : Gambar akan menyusul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads