Khamis, 21 Jun 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Yunus Badawi: Nasi Arab Terbaik <b>Di Seremban</b>

Posted: 21 Jun 2012 02:58 AM PDT

Dah seminggu lebih aku tak update blog ni.  Semalam kawan2 blogger kat Grup Sikret Bloggerz - Kite Kite Aje suruh aku update sebelum blog aku berhantu.  Kalau nak kata bersawang, memang dah bersawang.
Antara yg bising semalam ialah Daddy Ziyyad.
Jadi kali ini aku nak citer pasal nasi arab terbaeekkk di Seremban.
Khamis lepas aku ke Senawang atas urusan projek.  Projek kecik aje tapi kecohnya lebih     Selesai perbincangan di tapak projek aku pun call Tuan Doktor kita ni.  Rabu tu aku dah PM dia kata aku nak datang ke Senawang.  Tapi masa aku call dia tak jawab.  Mungkin dia sibuk dgn patient dia.
Aku pun keluar dari site dan singgah di stesen minyak.  Pergi tapak projek yg agak jauh dari rumah ni bukan saja aku yg merasa dahaga tapi kereta aku pun dahaga.  Kereta aku bagi minum puas2 sementara aku bantai air mineral sebotol.
Elok aku habis isi minyak Daddy Ziyyad call aku.  Dia ajak jumpa di Giant Senawang.  Aku pun ke sana.  Ingat nak makan kat situ aje tapi rupanya dia ajak aku makan nasi arab.  Dia suruh aku ikut kereta dia.  Akupun ikutlah sehingga kami sampai ke tempat ini ....

Nasib baik Damsyik ini kat Senawang aje.  Kalau ke Syria, mahu tak balik aku Khamis lepas.   Kesianlah emak Adam dok tunggu aku malam Jumaat tu sorang2 ... hehehe  

Ini dia nasi Arab tu.  Kami order yg ayam.  Aku ingat nak order kambing tapi takut terlebih power   panas petang Khamis tu.

Air yg kelihatan dalam gelas plastik itu Shai namanya.  Kami order sorang segelas.  Tapi selepas habis makan nasi Arab aku masih dahaga sebab balik dari tapak pembinaan.  Aku sebat lagi satu gelas.

Dan untuk menunjukkan bukti yang kami betul2 sampai ke tempat itu, silalah tatap wajah dua jejaka ensem ini


DZ kontrol macho sementara aku tersenyum lebar dapat makan free.  Kalau nampak kurang ensem tu salahkan kamera cap ayam aku.
Oklah aku nak bersenam kat treadmill ni untuk bakar lemak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads