05 di rembau - Google Blog Search |
Mayat dengan kesan tikaman ditemui <b>di Rembau</b> | :: cina islam <b>...</b> Posted: 15 May 2012 09:07 PM PDT 24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - REMBAU - Mayat seorang lelaki dengan kesan tikaman ditemui di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina dekat sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata mayat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada kira-kira pukul 6 petang sebelum menghubungi pihak polis. "Mangsa dipercayai berbangsa Melayu, berumur sekitar 40-an dan setakat ini identitinya belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Mangsa yang tidak berbaju dan hanya memakai kain ditemui terlentang berlumuran darah. "Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan rakan atau anggota keluarga diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- Bernama Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from di rembau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan