Isnin, 25 Jun 2012

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Hatrik Owona tumbangkan Seladang <b>di Paroi</b>

Posted: 15 May 2012 07:29 PM PDT

 

Astro Liga Super 300x300Penyerang Cameroon, Effa Owona berjaya menidakkan rakan senegaranya, Albert Bodjongo dalam pertemuan Liga Super antara Perak dengan Negeri Sembilan di Paroi malam semalam.

Jaringan hattrik yang dilakukan oleh Owona membolehkan Negeri Sembilan menumpaskan Perak 3-1 dalam pertarungan tersebut.

Kejayaan Owona melakukan hattrik mengekalkannya sebagai penjaring terbanyak Negeri Sembilan dengan jumlah sebelas gol.

Bodjongo gagal menyumbangkan sebarang gol kepada Perak sebaliknya gol tunggal itu dijaringkan melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Michal Kubala.

Sebelum ini, para penyokong Kejor Yeop Kejor dan Hoben Jang Hoben menunggu samada Bodjongo atau Owona yang akan merobek kubu lawan masing-masing.

Kegagalan Perak mengutip sebarang mata malam tadi membuatkannya turun ke tangga ke tujuh liga dengan mengumpul 27 mata setelah bermain 18 perlawanan.

Sebaliknya, Negeri Sembilan naik ke tangga ketiga liga dengan mengutip 29 mata daripada 18 perlawanan.

Dalam perlawanan itu, ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa dan pemain Negeri Sembilan, Idris Karim dilayangkan kad merah.

Kemenangan Negeri Sembilan itu secara tidak langsung menunjukkan percaturan strategi 4-4-2 oleh jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah membuahkan hasil.

Sebaliknya, strategi 4-5-1 oleh Norizan Bakar gagal mengekang kemaraan Negeri Sembilan dan terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads