Selasa, 19 Jun 2012

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Jambatan <b>Kuala Klawang</b> – Titi bakal siap Mac 2013 | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 06:41 AM PDT

TITI, 19 Jun – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6.3 juta bagi membiayai Projek Mengantikan Jambatan No. N32/08/00, Jalan Kuala Klawang – Pekan Titi (N32) Daerah Jelebu, Negeri Sembilan, di mana Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan sebagai agensi dan pemantau projek bagi mengantikan jambatan lama yang wujud sejak dari tahun 1020-an.

Jambatan ini terletak di Km 8 Jalan Kuala Klawang – Titi dengan 50 meter panjang yang menggunakan kaedah pembinaan Duracreate, high strength concrete.

Majlis Pelancaran Projek Menggantikan Jambatan Kuala Klawang – Pekan Titi (N32) di sempurnakan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, petang tadi.

Kontaraktor yang dilantik melalui tender terbuka, Teratak Aeden (JK) Development Sdn. Bhd. telah dipertanggungjawabkan menyiapkan projek ini dalam tempoh 12 bulan yang bermula 15 Mac 2012 sehingga 15 Mac 2013.

Turut hadir, En Zaidi Johari, Pegawai Daerah Jelebu, Dato' Zainal Abidin Ahmad, ADUN Kawasan Sungai Lui, Dato' Siaw Chan Pen, ADUN Kawasan Chennah, Dato' Razak Mansor, Yang diPertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yunus Rahmat, ADUN Klawang dan Dato' Ir. Roslan Md Taha.

Menurut Menteri Besar di dalam ucapannya, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kemudahan asas masyarakat menjadi keutamaan.

Sejak dari tahun 1920-an, jambatan Kuala Klawang – Titi merupakan  laluan penting antara Kuala Klawang, Titi dan Hulu Langat. Ianya menjadi semakin penting kepada masyarakat yang menggunakan jalan ini setiap hari untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.

Malah ianya turut dipengaruhi oleh kawasan sekitar yang kian pesat membangun.

Melalui rekod JKR pula, terdapat sebanyak 287 buah jambatan di negeri ini merangkumi 152 buah jambatan di Jalan Persekutuan dan 135 buah jambatan di jalan negeri.

Katanya lagi, "hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak JKR juga telah mengenalpasti 4 buah jambatan yang perlu diganti iaitu dua di Jalan Persekutuan, di Johol, Jalan Tampin – Kuala Pilah dan di Site A Port Dickson sementara dua buah lagi di Jalan Negeri iaitu di Jalan Rantau – Siliau dan Projek Kuala Klawang – Titi yang dilancarkan hari ini.

Setelah jambatan ini siap kelak, ianya akan memberi keselesaan dan kemudahan yang amat penting penduduk sekitar dan pengguna yang melalui jalan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads