Rabu, 9 Mei 2012

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Yunus Badawi: Bye Bye London

Posted: 03 May 2012 03:14 AM PDT

Tahun ini mungkin ramai orang termasuk rakyat Malaysia akan ke London kerana Olimpik akan berlangsung di sana musim panas ini.
Tapi bagi aku dan anak aku Afifah, kami telah mengucapkan selamat tinggal kpd London.  Hari ni genap seminggu kami meninggalkan London.
Khamis lepas aku, emak Adam, dan Adam ke London utk menjemput Afifah yg tamat belajar di sana.  Dia mula2 menjejakkan kakinya ke sana pada bulan Julai 2011.  Pejam celik, pejam celik dah tamat pengajiannya di sana.  Biasanya orang akan berkata kalau anak org lain tu rasa mcm sekejap aje dah habis belajar.  Kalau anak sendiri rasa mcm tak habis2 dia belajar.  Selama 9 bulan di sana, aku rasa tak kurang dari 12 kali kami melawat dia.  Ada masa tu sebulan sampai 2 kali.  Nasib baiklah London ni tak jauh mana sangat.  Dari KL cuma sejam lebih kalau tak jam.
Bergambar buat kali terakhir di depan bangunan asrama B4
Sebelum balik ke KL pada malam tersebut aku membawa famili aku menyaksikan matahari terbenam di Selat Melaka.
Adam dibayangi mentari senja
Selepas itu kami makan ikan bakar di salah sebuah gerai di Pengkalan Balak.
Ikan jenahak bakar dan sayur kangkung belacan serta kailan goreng ikan masin

Feberet kami sekeluarga - sotong goreng tepung
Selepas makan kami singgah di Masjid Kg Sg Tuang utk bersolat jamak Maghrib dan Isyak sebelum pulang ke KL.

Tak tahu bila kami akan ke London a.k.a Londang lagi selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads