Selasa, 22 Mei 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Dua lelaki maut ditembak <b>di Seremban</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 11 May 2012 08:35 AM PDT

SEREMBAN: 11 Mei – Dua lelaki maut manakala dua lagi rakan mereka cedera selepas ditembak dari jarak dekat berhampiran lampu isyarat Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini, malam tadi.

Mereka yang maut ialah Chalidass a/l Perumalsamy, 29, dari Jalan Rasah, Seremban dan Surentharan a/l Gopal, 31, dari Pasir Panjang, Port Dickson manakala dua rakan mereka yang cedera berusia 29 dan 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata keempat-empat mereka itu ditembak ketika kenderaan pelbagai guna yang mereka naiki menghampiri lampu isyarat itu.

"Dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampiri kenderaan itu dan melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah kenderaan itu.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki yang mati itu baru keluar dari pusat pemulihan akhlak di Machang, Kelantan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Saiful Azli berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang cedera akibat tembakan bagaimanapun terus memandu kenderaan itu sehingga ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini.

"Dua lelaki itu disahkan mati antara jam 11 dan 11.30 malam, seorang mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan dan seorang lagi dalam keadaan stabil," katanya.
Beliau berkata, polis menemui dua kelongsong peluru sembilan milimeter dan satu anak peluru di tempat itu, selain satu lagi anak peluru dalam kenderaan pelbagai guna berkenaan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban melalui talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads