05 di senawang - Google Blog Search |
ABU SOFEYA: Al-Fatihah : Masyarakat Islam <b>di Sikamat</b> kehilangan <b>...</b> Posted: 12 May 2012 09:40 AM PDT Dalam perjalanan menuju ke Rembau untuk menyampaikan ceramah Haji di Masjid An-Nur pagi ini, saya menerima 'sms' daripada seorang jemaah Surau Taman Desa Beringin memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib bin Mohd Din telah dimasukkan ke dalam wad CCU di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. Hati saya berdebar-debar. Justeru selesai sahaja berceramah, saya terus menghubungi isteri untuk bersama-sama menziarahi tokoh murabbi yang saya kasihi ini. Kami sampai di Wad 4 C pada pukul 1.30 tghari. Ketika itu kelihatan anak-anak muridnya sudah mula mengerumuni pintu Wad bagi menunggu giliran masuk menziarah. Hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu ketika. Oleh keranaa tidak mahu membiarkan para penziarah menunggu lama di luar, saya hanya menziarah selama 3 minit sahaja. Di atas katil saya melihat Ust Akib tidak sedarkan diri, manakala kepalanya terlentok ke sebelah kanan, mudah-mudahan menjadi golongan kanan di akhirat nanti. Saya mententeramkan isterinya serta meminta agar disampaikan salam saya kepada Ust Akib jika beliau telah sedar nanti. Pukul 11.25 malam Berita ini saya terima dengan perasaan sedih. Masih terbayang wajah Ust Akib setiap kali saya menyampaikan kuliah di suraunya. Kali terakhir bertentang mata dengan Almarhum ialah pada 3 hb Mei yang lalu. Semasa kuliah, Almarhum akan duduk di bangku yang paling depan. Dengan sebatang pensel, Almarhum akan mencatat nota di dalam kitab yang ditelaah iaitu 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah' karangan Almarhum Ust Tuan Haji Said Ibrahim, Mantan Mufti Sabah. Sekali sekala, Ust Akib akan bertanya jika ada sebarang kemusykilan. Kadang-kadang ada juga soalan daripadanya yang saya tidak dapat menjawab secara spontan kerana kelemahan diri. Dengan keistimewaaan yang ada padanya sebagai Qari, saya turut menimba ilmu daripada Almarhum secara tidak formal khususnya ketika jamuan selepas kuliah. Banyak hal berkaitan tentang makhraj bacaan al-Quran yang saya rujuk kepadanya dan Almarhum tidak pernah jemu melayani saya. Sesungguhnya saya sangat beruntung dan bertuah kerana rapat dengannya. Almarhum adalah tulang belakang yang sentiasa 'mempertahankan saya' dalam melakukan kerja-kerja dakwah. Pendekata, Almarhum merupakan antara guru yang saya sangat sayang di dunia dan di akhirat. Ya Allah ampunkan dosa guruku ini, cucurilah rahmat ke atas rohnya dan masukkannya ke dalam syurga di akhirat kelak. Amiinnn. |
You are subscribed to email updates from di sikamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan