Khamis, 31 Mei 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Gambar Bas Umno Terbabit Kemalangan Maut <b>Di</b> Plaza Tol <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 01:39 AM PDT

Dua bas yang membawa ahli Umno terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar ke Port Dickson, semalam. Dalam nahas kira-kira jam 2.58 pagi itu, seorang wanita warga emas maut manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan bas UMNO itu.

Mangsa, Roa Dol, 79, Ahli Jawatankuasa Umno cawangan Parit Lubok Tengah, Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

Semua 84 peserta rombongan dari Terengganu dan Johor dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat selepas selesai menghadiri Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Ketika kejadian, sebuah bas dikatakan hilang kawalan, lalu melanggar belakang sebuah treler di hadapannya, sebelum dirempuh sebuah lagi bas rombongan.

Antara mangsa yang terlibat dengan kemalangan membabitkan ahli Umno selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun parti itu di Stadium Bukit Jalil.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal dalam kes kemalangan bas UMNO ini mendapati, bas membawa 40 anggota Puteri Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Berang, Terengganu yang dalam perjalanan ke Melaka itu melanggar belakang sebuah treler terlebih dahulu.

"Akibat perlanggaran itu, sebuah lagi bas yang membawa 44 lagi ahli Umno gagal mengelak bas yang berada di hadapan, lalu melanggar bahagian belakang bas berkenaan. Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar, manakala 77 lagi penumpang rata-ratanya wanita termasuk pemandu bas cedera," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan kejadian kemalangan bas UMNO ini. Menurutnya, kesemua mangsa dikejarkan ke HTJ, di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HTJ, Dr Jaafar Che Mat berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 5.40 pagi. "Kesemua yang cedera dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Incoming search terms:

9 out of 10 based on 10 ratings. 9 user reviews.

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads