Khamis, 10 Mei 2012

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


My Rainbow...: Makan <b>di Port Dickson</b> : Sate Telok Kemang

Posted: 27 Apr 2012 12:11 AM PDT

Assalamualaikum.....

Wah, ramai nampaknya yang cuti panjang kan. Maklumlah, Selasa minggu depan Public Holiday. So, ada yang ambil kesempatan untuk bercuti pada hari Isnin agar bersambung dengan weekend. Certain schools pun dah siap2 ganti untuk cuti on Monday kan....

Ha, sesiapa yang rasa nak bercuti di Port Dickson, N. Sembilan, bolehlah ambil tahu sikit pasal tempat2 makan di PD yer.

This time kita nak promot sate. Kat PD memang berlambak2 orang jual sate kan. Tapi, penduduk PD, ada 2-3 tempat jer yang selalu dipilih untuk beli sate. Salah satunya ialah sate di Telok Kemang nie lah. Sate nie, dah lama bertapak kat sini. Sejak dari kita sekolah tadika lagi. Maybe more than that. So, about more than 30 years dah bertapak disini. Kenapa disukai ramai? Entahlah... Semuanya sedap. Tp lately nie dia jarang nak prepare sate daging. Ada 2 jenis jer, sate ayam and daging. Memang sedap sebab semua rasa dan rempah seimbang.

Lokasi dia :
- Kalau dari Bt 4, atau pekan PD menghala ke Dataran Telok Kemang, sebelah kiri, sebelum balai polis Telok Kemang.
- Seberang jalan daripada stesyen minyak Caltex yang segan nak hidup tu. Means, Caltex sebelah kanan, dia sebelah kiri. (from pekan PD yer)
- Dr Dataran Telok Kemang, jalan slow, pandang kanan selalu. Bila nampakkk jer balai polis Telok Kemang sebelah kanan, dah boleh beri signal untuk cari parking.

Meh tengok gambar.

Pacak gerai tepi jalan jer.

Gerai yang join dengan sebuah warung makan. Boleh duduk makan sate panas2 kat sini.

Caltex yang segan nak hidup seberang jalan.

Gerai yang sempoi giler...

Sate ayam dan rakan2. Even nasi impit dia pun sedap sangat.

Lagi satu posing maut oleh sate.
Tapi, orang berniaga kan...adatlah. Ada juga sesekali dalam puluhan tahun kami makan tu, adalah sekali dua rasa dia lari sikit dari biasa. Kuah pun adalah sekali dua yang lari balancing. Tapi sangat, sangat, sangat jarang. Maybe x sampai 1% pun dari total pembelian kami tu.
So, bolehlah kalau nak cuba. Penduduk asal PD memang tahu sangat pasal sate nie di samping tentera2 yang selalu beli kat sini juga...
Oh yer, kedai tu ada jugak mee goreng, nasi goreng semua... Tapi bukan macam kedai tom yam lah. Sekadar menu goreng2 biasa tu jer. Nak selesa, tapau dan makanlah di hotel beramai2 dengan ahli keluarga, atau boleh lepak di tepi laut sambil makan sate.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads