Ahad, 6 Mei 2012

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Seremban, <b>Jelebu</b> 17 April

Posted: 15 Apr 2012 02:06 AM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan bekalan air di Seremban membabitkan Taman Bukit Galena mulai jam 10 pagi hingga 4 petang manakala Kampung Mawar dan Kampung Baru Mambau mulai jam 10 pagi hingga 2 petang.

"Gangguan bekalan air di Jelebu pula mulai jam 8 pagi hingga 8 malam membabitkan Pekan Titi, Sungai Muntoh, Kampung Sungai Rotan 1 dan 2, Taman Mawar, Taman Desa Permai, Taman Sri Kenaboi, Taman Bukit Kempas, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Penjara Jelebu, Pusat Akidah, Pusat Serenti, Kampung Puom, Kampung Chennah, Kampung Chalin, Felda Titi dan Perikanan Jelondong," katanya di sini, hari ini.

Katanya, kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual ini adalah antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan.

Azlan berkata, bekalan air dijangka akan disambungkan semula secara berperingkat selepas tempoh tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya di kawasan mereka akan mengambil masa.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads