Isnin, 2 April 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


UiTM cawangan <b>Negeri Sembilan</b> yang ketiga bakal <b>di</b> bina <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2012 07:18 AM PDT

REMBAU, 31 Mac – "Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya kelak." Ujar Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau petang tadi.

Beliau hadir bagi merasmikan Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Salak Nama, Rembau yang telah siap di bina dan menelan belanja sebanyak RM4.9 juta. Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi mengantikan bangunan lama dan membina bangunan baru di sekolah seluruh Negeri Sembilan.

Katanya lagi, "Saya mahu meniup semangat Pendita Za'aba ke atas anak-anak di negeri ini dan ketahui lah bahawa negeri ini adalah satu-satunya negeri yang mempunyai pendeta."

"Malah memang menjadi hasrat Kerajaan Negeri mahu menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu dan mengeluarkan seramai mungkin pelajar cemerlang dan cendekiawan yang  boleh dibanggakan malah menjawat jawatan penting di dalam Negara kelak."

"Menurut analisis dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Negeri Sembilan menduduki tangga kedua tertinggi pelajarnya berjaya memasuki sekolah berasrama penuh di seluruh Malaysia." Ujar beliau lagi.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Daerah Rembau serta guru-guru yang mendidik, ibu bapa dan anak-anak kerana tahun lalu, Jabatan Pelajaran Daerah Rembau paling cemerlang di dalam UPSR dan SPM  berbanding daerah-daerah lain.

"Melalui usaha yang berganda ini, maka ramailah kelak anak-anak negeri yang menyambungkan pelajaran di peringkat universiti dan kolej pula." Sambung beliau lagi.

Kerajaan Negeri turut menyumbangkan sebanyak RM20,000 bagi tujuan pembangunan pelajar-pelajar.

Menteri Besar turut memberi sumbangan khas kepada pelajar-pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Salak Nama.

Turut hadir ialah Dato' Abdul Halim bin Abd Razak, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Tn Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau, Dato' Dr. Hj Awaluddin Said, ADUN Kota, Tn Zaifulbahri Idris, ADUN Chembong dan Datin Hjh Naemah Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau.

Oleh : Dudi Aziz

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads