Isnin, 16 April 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Al-Ahmadiyyah-<b>rasah</b>: Surat Pekeliling Bil 1 Tahun 2012

Posted: 22 Feb 2012 12:44 PM PST

Kepada,

Semua ahli keluarga, ahli dan ikhwan Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah.

Per: Surat Pekeliling Bil.1 / 2012

Makluman Tentang Kebenaran dan Kelulusan menjalankan atau mengadakan kuliah atau majlis atau sebarang aktiviti di Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, N.Sembilan

Surat Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang peraturan mendapatkan kebenaran dan kelulusan menjalankan atau mengadakan kuliah atau majlis atau sebarang aktiviti di Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, N.Sembilan

2. Tujuan Makluman:

Makluman ini bertujuan menjelaskan perkara berkaitan kebenaran dan kelulusan berkenaan kerana pihak pengurusan dan pentadbiran Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah bertanggungjawab memastikan keselamatan aset, premis dan peralatan serta ahli keluarga Sheikh Haji Ahmad yang tinggal di Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, N.Sembilan.

3. Matlamat akhir makluman ini adalah bagi memudahkan ahli keluarga, para ikhwan dan ahli-ahli tarekat dan agar semua pihak mematuhi peraturan berhubung penggunaan premis-premis di Madrasah As-Saidiyah. Makluman ini adalah berpandu kepada perkara-perkara berikut;

1. Merujuk kepada Enakmen Tarekat Tasawuf ( 2005 ), Madrasah As-Saidiyah telah didaftarkan sebagai pusat pengamalan bagi Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah pada 25 Julai 2007 [ No. Pendaftaran: KNNS.BTT.070-2/1 (5) ]

Oleh itu premis-premis yang terdapat di Kampung Pondok Rasah hanya boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tarekat tasawuf yang berkaitan dengan Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah sahaja.

2. Merujuk kepada Warta Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 02 Jun 1993, Lot 7635 dan 7636 yang diwakafkan sebagai surau adalah di bawah jagaan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan . Oleh sebab Sheikh Hj Ahmad adalah Sheikh Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah maka surau ini akan hanya digunakan untuk aktiviti-aktiviti Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah sahaja.

3. Barang siapa atau mana-mana ahli keluarga , ahli atau ikhwan tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah yang ingin menggunakan surau atau premis-premis lain untuk sesuatu majlis atau kuliah atau aktiviti , hendaklah memohon secara bertulis daripada Sheikh Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah sekarang iaitu Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad.

4. Borang permohonan boleh didapati dari Ibu Pejabat, Pusat Pengamalan Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah di alamat berikut, iaitu;

Ibu Pejabat

Pusat Pengamalan Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah ,

Lot 7630, Madrasah As-Saidiyah,

Kampung Pondok Rasah, 70300,

Seremban, N.Sembilan.

5. Makluman ini boleh diakses dari www.Alahmadiyah-rasah.Blogspot.com . Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua ahli keluarga, ahli dan ikhwan Tarekat Al-Ahmadiyah Alidrisiyah Arrasyidiyah AdDandrawiyah. Atas kerjasama tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih.

.

Yang benar,

Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad,

Sheikh Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah

s.k.

1. Pendaftar Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan.

2. Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads