Isnin, 23 April 2012

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


teganuku: Liga Perdana - Terengganu Seri <b>Di Paroi</b>. T-Team Kalah <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2012 06:17 PM PDT

Terengganu sekadar mengutip satu mata di Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi menentang Negeri Sembilan dan gagal mengutip mata penuh seperti perlawanan di Kuala Terengganu akhir minggu lalu.

T-Team pula tumpas di gelanggang sendiri kepada Kelantan dan keputusan itu memberikan Kelantan ruang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Super, Lions XII dari Singapura.

Lion XII semalam kembali melebarkan penguasaan selepas membelasah wakil kelab Lembah Klang, PKNS Selangor dengan jaringan 5-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Negeri Sembil gagal memanfaatkan bermain di tempat sendiri apabila hanya mampu mengutip satu mata selepas terikat 1-1 ketika menentang Terengganu.

Penyerang import skuad Penyu dari Liberia, Francis Forkey Doe (gambar kiri) membuka tirai jaringan pada minit keempat sebelum Jean Emmanuel Effa Owona menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-21.

T-Team tersungkur 1-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu walaupun akhir minggu lalu berjaya mengikat Kelantan di Kota Bharu dengan 1-1.

Khairul Izwan Khalid membuka tirai jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-52 sebelum S. Chanturu menyamakan kedudukan untuk skuad Kijang pada minit ke-67.

Penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud mengesahkan kemenangan pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-88.

Di Singapura, lima gol menerusi Safuwan Baharudin pada minit ke-17, Shaiful Esah Nain (minit ke-19), Sevki Sha'ban (minit ke-26) dan Agu Casmir (minit ke-53 dan ke-87) membolehkan mereka terus mengukuhkan cengkaman di persada liga dengan mengumpul 36 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Selangor  'merasmikan' pembukaan semula Stadium Shah Alam dengan nota ceria menewaskan Johor FC 2-0, tambahan dibantu kehadiran pasukan pelawat tanpa jurulatih K Devan yang baru meletak jawatan serta penyerang import, Arthur Hendrique yang digantung perlawanan.

Kedua-dua gol Selangor dijaringkan penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban pada separuh masa kedua.

Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim ternyata menguasai permainan separuh masa pertama dan percubaan pertama Selangor pada minit ke-19 menerusi rembatan jarak dekat kapten, Amri Yahyah berjaya dihadang baik penjaga gol Johor FC, Anis Faron Arsidi.

Bersambung babak kedua, jurulatih sementara Johor FC, Azmi Mohamed terpaksa mengeluarkan Anis Faron seawal minit ke-48 kerana kecederaan hamstring dan memasukkan penjaga gol kedua, Zamer Selamat.

Jaringan Ramez Dayoub selepas menyambut sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-53 dibatalkan pengadil kerana ofsaid, namun tiga minit berselang, Selangor akhirnya memperoleh gol pertama menerusi penyudah kemas Balaban di depan pintu gol selepas menerima lorongan cantik Solihin Kanasian.

Sisa perjuangan Johor FC lebur apabila Bosko menanduk cantik gol kedua Selangor berpunca sepakan sudut Safiq pada minit ke-86 untuk membolehkan Selangor membuka saingan pusingan kedua dengan meraih kemenangan keenam musim ini.

Felda United pula mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas Kuala Lumpur menerusi jaringan tunggal Mickael Antoine-Curier pada minit ke-56 dalam perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kedah bangkit daripada kekalahan kepada Sarawak tiga hari lepas dengan menewaskan pasukan tersebut, 2-0 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Dua gol skuad Kenari dijaringkan penyerang import dari Croatia, Vedran Gerc pada minit ke-54 dan ke-55 permainan.

Sementara itu, Perak yang menurunkan pemain import baru dari Cameroon, Albert Dominique Ebosse Bodjongo buat kali pertama pula gagal menampilkan aksi memberangsangkan selepas terikat, 2-2 ketika menentang Sabah di Stadium Perak, Ipoh.

Dua gol skuad Seladang dijaringkan pemain import dari Slovakia, Michal Kubala pada minit ke-34 dan ke-90 manakala dua gol Sabah dijaringkan oleh penyerang Zainizam Marjan pada minit ke-45 dan ke-60.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads