Jumaat, 6 April 2012

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


“Kami akan bangkit” – Azraai Khor | Dunia Sukan

Posted: 11 Oct 2011 05:35 AM PDT

Tewas tipis 1-0 dalam aksi pertama suku akhir Piala Malaysia Isnin lalu di tangan Felda United sedikit sebanyak memberikan rangsangan buat skuad Hoben Jang Hoben untuk kembali beraksi baik di laman sendiri Jumaat ini.

Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah berpendapat bahawa pasukannya masih mampu bangkit di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk aksi timbal balik berikutnya dan seterusnya layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2011.

"Bagi saya, kita mampu bangkit Paroi, pemain-pemain saya masih percaya kita mampu lakukannya di Paroi."

"Perlawanan di Paroi lebih kepada menebus maruah pasukan dan negeri dalam meneruskan misi kita di dalam kempen Piala Malaysia kali ini," tambah beliau lagi.

Ketika ditanya mengenai aksi barisan penyerangnya yang tampak gagal memanfaatkan beberapa peluang di tempat lawan tempohari, beliau bersetuju bahawa jentera serangannya sedikit tumpul. Untuk itu, beliau bersama pasukannya akan memperbaiki dan mengemaskini segala kelemahan yang ada dalam tempoh beberapa hari ini.

"Sudah tentu akan ada perubahan taktikal dan juga kesebelasan pemain dalam aksi timbal balik nanti. Kami tiada pilihan selain menang dalam perlawanan di Paroi nanti," ulas beliau ketika ditanya mengenai kemungkinan perubahan pemain dan taktikal.

Mengenai pasukan Felda United, Azraai Khor berpendapat mereka adalah sebuah pasukan yang baik dan mempunyai pemain-pemain yang berpengalaman dalam Liga Malaysia, ditambah dengan kemasukan tiga pemain pinjaman daripada Harimau Muda iaitu D. Saarvindran (HM B), K. Ravindran dan S. Sivanesan (HM A).

Dan ketika ditanya mengenai status penyerang sensasi negara, Mohd Zaquan Adha, Azraai kelihatan masih belum bersedia untuk menurunkannya kerana beliau tampak belum bersedia untuk beraksi. Zaquan masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan dalam sebarang perlawanan.

Mengikut rekod, Negeri Sembilan sudah 2 kali berturut-turut layak ke pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada 2009 dan 2010 manakala memenanginya pada 2009. Sekiranya mereka mahu mengulangi langkah dua tahun itu, mereka perlu bangkit pada aksi kedua suku akhir nanti di Paroi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Short URL: http://www.duniasukan.com/?p=344

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads