Ahad, 29 April 2012

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


CATATAN SI MERAH SILU: Dari <b>Linggi</b> ke Sungai Ujong dan faktor <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 10:41 AM PDT

Kembali ke penceritaan perjalanan kecil yang dibuat selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 14, 11 April 2012. 
Pada akhir artikel Gerak sejarah batu hidup megalith? ada disebut, di Astana Raja telah berlaku satu pertemuan yang membuat kami ingin menziarahi beberapa lagi lokasi bersejarah. Apa yang berlaku adalah beberapa wakil pihak muzium negeri diketuai kurator muzium, En. Aziz datang dari Seremban untuk menyertai satu acara bersama seorang pembesar adat Rembau (dipanggil Datuk Raja Diraja kalau tak salah ingatan). Apabila menyedari sayalah blogger yang dipanggil Merah Silu mereka mengajak saya dan isteri makan sama. Seorang petugas muzium mencadangkan agar kami pergi ke Sungai Timun, salah satu tempat yang dijejaki Raja Melewar setelah sampai dari Pagar Ruyung melalui Sungai Linggi untuk dirajakan di Negeri Sembilan. Sebelum itu kami melihat dahulu Sungai Penajis yang mengalir berdekatan makam Raja Melewar dan Astana Raja. Dari sungai inilah Raja Melewar masuk ke Rembau lalu ditabalkan di satu tempat bernama  Penajis. Lihat artikel Penajis river at Astana Raja di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

Laluan ke Sungai Timun membawa kami melalui Jalan Kuala Pedas. Teringat nama Kota Pedas yang terpapar di muzium, dikatakan tempat anak-anak Raja Bugis selalu berkumpul mengatur balik kekuatan apabila menghadapi masalah berperang dengan Belanda. Saya tidak pasti di manakah letaknya. Seingat saya, peta yang terdapat di Astana Raja menunjukkan ia tidak jauh dari Sungai Timun. 

Baik Kota Pedas mahupun Sungai Timun pernah dijadikan pengkalan anak-anak Raja Bugis sebelum Raja Melewar dikatakan datang dari Pagar Ruyung 1773. Saya merasa lebih terpanggil untuk melihat tempat-tempat ini kerana menurut ceritanya Yam Tuan Muda Riau ke 3, Daeng Kemboja ibni Daeng Parani juga pernah berpengkalan di situ. Menurut petunjuk dan alamat yang saya dapat Daeng Kemboja adalah moyang kepada ibu saya (rujuk artikel Kembara Johor-Riau - Makam-makam di Hulu Riau dan alamat salasilah ibu). Semoga perjalanan ini akan memberikan petunjuk dan alamat baru yang berguna...
Di atas kelihatan laluan yang disebut sebagai Jalan Kuala Pedas membawa ke sebuah jambatan. Ia menyeberangi Sungai Pedas dan 200 meter dari sini Sungai Pedas mengalir masuk ke dalam Sungai Rembau yang bersambung dengan Sungai Penajis. Lihat artikel Pedas river near its estuary.


Kalau mengikut rancangan asal, selepas bermalam di Alor Gajah kami mahu terus ke Seremban lalu singgah ke muzium negeri. Siapa sangka timbul gerak untuk menziarahi makam Dol Said kemudian cuba mencari rumah seorang pengkaji bebas sejarah Melayu yang dipanggil Zainal Al-Johan yang setahu saya terletak di Rembau lalu dibawa ke Astana Raja. Rujuk balik cerita dalam artikel Gerak sejarah batu hidup megalith?.  Adapun kami memang berniat mahu menemui kurator muzium negeri iaitu En. Aziz apabila sampai di Seremban. Siapa sangka boleh pula bertemu di Astana Raja?

Isteri saya sudah biasa berhubung dengan En. Aziz untuk berkongsi cerita sejarah bagi pihak saya. Cuma kami belum pernah bertemu sehinggalah qada' dan qadar membawa kami ke Astana Raja. Dalam pertemuan tak disangka itu En. Aziz menyatakan mahu membawa kami melihat 2 buah makam di sekitar Seremban apabila masanya terluang, dijangkakan selepas jam 3 petang. Kami meninggalkan Astana Raja pun sebelum jam 12. Untuk mengisi masa itulah kami pergi mencari Sungai Timun malah tergerak untuk pergi lebih jauh melepasi pekan Linggi menghala ke timur. Terlihat pula Sungai Linggi selepas pekan. Lihat Linggi river near the small town of Linggi.  

Kami pergi lebih jauh untuk melihat batu-batu hidup dan formasi beberapa batu lain penuh misteri yang terdapat di satu tempat di Pengkalan Kempas. Kali terakhir saya dan isteri singgah di sini rasanya adalah 2 tahun lalu, kali ini kami membawa seorang lagi anak kecil. Lihat Bringing the baby to the megaliths at Pengkalan Kempas.

Dari Pengkalan Kempas baru kami berkejar ke Seremban. Sampai satu tempat di tengah bandar meter bawah kereta menunjukkan nombor 131, nombor kegemaran saya dan isteri, nombor home sweet home kami. :]

Ketika itu kereta sedang berhenti untuk diisi tangki minyak yang hampir kosong.

Stesyen minyak terletak di hadapan stesyen bas Seremban.

Ketika hendak keluar terlihat nama Sungai Ujong. Untuk pengetahuan ini adalah nama lama bagi kawasan yang meliputi Seremban dan sekitarnya. Malah nama Sungai Ujong masih dipakai secara adat di mana    terdapat Luak atau daerah besar yang masih diketuai secara turun-temurun oleh Undang Luak Sungai Ujong yang tarafnya di Negeri Sembilan hampir menyamai seorang sultan. Terasa ada makna kerana Sungai Ujong dinamakan sebegitu kerana ia adalah salah satu anak sungai yang mengalir masuk ke Sungai Linggi dengan kedudukannya yang dikira paling ke pendalaman menyebabkan ia dipanggil Sungai Ujong...
Kereta ketika itu berhenti di satu tempat, di tepian jalan menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan. Kemudian baru saya tahu seluruh jalan ini dipanggil Jalan Sungai Ujong.

Saya berharap nombor 131 masih ada apabila kami sampai ke muzium negeri yang terletak di tepi jalan yang panjang ini.

Ternyata ia menunjukkan 131.9 ketika menghampiri persimpang ke Kuala Pilah dan Kuala Kelawang, juga ke Mantin dan Kajang.

Selepas itu baru sampai muzium negeri.

Apabila kereta diletakkan, meter menunjukkan 133.3. Cukuplah nombor boleh tahan cantik... :]



Semasa di Astana Raja kami ada diberitahu tentang kewujudan makam seorang tokoh di jalan menuju ke Labu tidak jauh dari muzium negeri. En. Aziz pula menyatakan mahu membawa kami ke sana selepas jam 3 petang dan itulah salah satu sebab utama kenapa kami berjalan-jalan hingga ke Sungai Timun malah sampai ke Linggi dan Pengkalan Kempas untuk mengisi masa. Alhamdulillah kami dapat berjumpa beliau di muzium selepas 3.30. Walaupun kelihatan dia perlu mengejar banyak urusan En. Aziz tetap meluangkan masa untuk melayan. Beliau cuma tidak dapat membawa ke makam lalu kami pun mencari sendiri.


Sekitar 10-20 meter dari makam kelihatan 'parit' ini. En. Aziz ada memberitahu bahawa ia asalnya adalah sebuah sungai yang cukup besar untuk menampung pergerakan orang bersampan, mungkin juga berkapal. Katanya ia adalah sebahagian dari sungai asal yang dipanggil Sungai Ujong. Semoga dengan perjalanan yang diikuti penceritaan ini kami sendiri sampai ke penghujung satu fasa kehidupan lalu masuk ke fasa baru yang lebih baik dan penuh keberkatan. Amin! :]
p/s: Baru teringat. Petang Rabu 11 April berlaku gempa bumi besar berskala 8.9 skala Richter di perairan Aceh. Alhamdulillah tidak berlaku tsunami seperti halnya 26 Disember 2004 apabila perairan Aceh dilanda gempa bumi 9.1 richter menyebabkan 200,000 nyawa terkorban. Ada yang mengaitkan gempa bumi ini dengan peristiwa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 14 pagi itu apa lagi yang ditabalkan itu adalah Sultan Kedah yang menjadi YDA buat kali kedua... kerana Kedah katanya ada kaitan dengan Aceh. Tetapi ramai di Malaysia mungkin tidak menyedari gempa bumi juga boleh dikaitkan dengan kemenangan calon baru Gabenor Aceh yang dikatakan lebih rapat dengan perjuangan asal Aceh. Apapun cerita dalam artikel ini berlaku Khamis 12 April. Yang berlaku 11 April adalah cerita pada artikel Gerak sejarah batu hidup megalith?. Harap maklum... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads