Khamis, 12 April 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: TURBO COMMON RAIL

Posted: 12 Apr 2012 09:23 PM PDT

RINGKASAN
Common Rail adalah satu sistem dimana membenarkan enjin dan sistem penyuntik (injector) berpadan antara satu dengan lain. Sistem ini mengunakan satu pipe yang digambarkan sebagai landasan atau 'Rail' dimana ia di sambungkan kepada semua empat penyuntik. Sistem ini telah berjaya mengurangkan bunyi enjin, mengurang asap dan menambahkan kuasa.
TEKNOLOGI 'COMMON RAIL'
SEJARAH 'COMMON RAIL
Sistem 'Common Rail' jenis prototaip telah dibanggunkan seawal 1960an oleh Robert Huber  dari Switzerland dan teknologi itu terus dibangun kan oleh Dr.Marco Ganser di Swiss Institute of Technology di Zurich.
  Kejayaan pertama digunakan dalam pembikinan kenderaan bermula di Japan di pertengaahan 1990an.Dr.Shohei Itoh dan Masahiko Miyaki dari Denso Coppration, pengilang alat ganti kenderaan jepun, mereka membina sistem pembakaran 'Common rail' untuk kenderaan tugas berat dan menjadikan ia kepada kegunaan yang praktikal untuk sistem ECD-U2 Common-rail yang dipasang kepada Hino Rising Ranger Truck dan dijual untuk kegunaan awam dalam tahun 1995. 
   Dalam sistem Common rail yang moden dimana ia berfungsi diatas prinsip yang serupa tetapi ditadbir kan oleh unit kawalan enjin atau disebut 'engine control unit (ECU), dimana pembuka setiap penyuntik melalui elektronik daripada secara mekanikal sebelum itu. Ini adalah prototaip yang sangat intensif pada tahun 1990an dengan kerjasama Magneti Marelli, Centro Ricerche Fiat dan Elasis. Selepas penyelidikan dan pembangunan oleh Fiat Group rekaan itu telah di perolehi oleh syarikat German iaitu Robert Bosh GmbH untuk penyudahan dalam pembangunan dan penyempurnaan untuk pembikinan secara besaran (mass-production).
FAKTA DARI BOSCH
EDC
Suntikan ini di kawal oleh Kawalan Diesel Electronik atau 'Electronic Diesel Control' (EDC),  dengan ketepatan tinggi ia mengawal semua kawasan suntikan seolah olah tekanan itu berada di atas landasan dalam ketepatan masa dan tempah lamanya (timing and duration) suntikan kedalam ruang pembakaran, sebagaimana EDC itu melakukan tugas  mengerakan fungsi lain enjin itu.
 Magnetic Solenoid

Untuk generasi pertama dan kedua  'Common Rail', proses suntikan dikawal oleh penyuntik jenis bahan bermagnet atau 'magnetic solenoidr'. Kuasa hidrolik digunakan untuk membuka penyuntik untuk menyampaikan ke jarum jet melalui batang piston.

Generasi Keempat
Untuk generasi keempat 'Common Rail'  kenderaan jenis berpenumpang,  dewasa ini telah ada yang memperluaskan rekaan dengan mengunakan suntikan tekanan lebih tinggi dengan tekanan melebihi 2000bar bersama dengan kaedah suntikan geometry yang berbagai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads