Rabu, 14 Mac 2012

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


INFO GANGGUAN BEKALAN AIR <b>DI</b> TAMPIN, JEMPOL, REMBAU <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 07:42 PM PST

TAMAT

TAMAT

MULA 07/02/12 TAMAT 07/04/12

INFO GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAMPIN, JEMPOL, REMBAU DAN SIKAMAT PADA 14 FEBRUARI 2012 | Beberapa kawasan di Tampin , Rembau, Jempol dan Sikamat akan mengalami gangguan bekalan air esok (14 Februari 2012) berikutan kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan kolam serta pengalihan paip.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan bekalan air mulai jam 8 pagi hingga 5 petang di Tampin membabitkan Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian, Taman Sri Intan, Taman Woon Estet, Jalan Seremban-Tampin, Kampung Ulu Chenderam, Taman Rasa Sayang, Taman Suria dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin.

Di Rembau, gangguan bekalan air mulai jam 9 pagi hingga 3 petang membabitkan sebahagian kawasan perindustrian Chembong iaitu Harmy Dev Sdn Bhd, MMK Engineering Sdn Bhd, FD Industrial Sdn Bhd, Mazumi Industry Sdn Bhd, 3R Quest Sdn Bhd dan Econ Industries Sdn Bhd serta seluruh Kampung Baru Air Hitam, Chembong," katanya di sini, hari ini.

Di Jempol pula, gangguan bekalan air mulai jam 10 pagi hingga 10 malam membabitkan seluruh kawasan Felda Palong 7 dan Palong 8.

Selain itu, gangguan bekalan air mulai jam 10 malam (14 Februari) hingga 10 pagi (15 Februari) di Sikamat di sini membabitkan Rumah Rakyat Sikamat, Kampung Baru Sikamat, Taman Megaway, Taman Desa Kiara, Taman Jujur, Taman Coral Height, Pulai Impian, Taman Sri Pulai 3, Taman Rashibah dan seluruh kawasan Sikamat.

Azlan berkata, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Katanya, beberapa kawasan tinggi juga dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa. Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber : BHarian Online

Incoming search terms:

  • gangguan bekalan air selangor 2012 (6)
  • jadual gangguan air (3)
  • gangguan bekalan air di selangor 2012 (3)
  • jadual gangguan bekalan air 2012 (2)
  • jabatan bekalan air selangor (2)
  • jadual gangguan bekalan air (2)
  • masalah air pada 14 dan 15 2012 (1)
  • splash gangguan air 2012 (1)
  • jadual gangguan bekalan air di selangor 2012 (1)
  • jadual ganguan air (1)

Tags: ,

Category: INFO SEMASA

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads