05 di lukut - Google Blog Search |
shark utopia...: Kota dan Muzium <b>Lukut</b> Posted: 26 Feb 2012 07:16 PM PST salam all :) Sebelom balik ke rumah, singgah dulu kat Muzium Lukut..konon2 nak tengok barang2 sejarah la kan ;p muzium nyer tak la besar mana..2 tingkat dan konsep muzium adalah rumah kayu..100% kayu asli..macam masuk rumah zaman kesultanan melayu melaka pun ada (cetttt macam penah idup dlm zaman tu ;p) tapiii..dah masuk dalam muzium itu,anda tidak dibenarkan mengambil gambar...cesssss,hurmmm ok x pe,kat dlm x bole, kat luar pun hokay, mak tak kesah ;p kawasan halaman muzium adalah sangat luas..penuh pokok gitu, yg pastu muzium ni diatas bukit dan macam ke dalam hutan sket..:)barula mak feeling2 zaman kesultanan melayu melaka kan ;p Ni sejarah penubuhan muzium Lukut .. Pengenalan Terdapat 4 galeri utama iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut telah dijelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya untuk dipamerkan kepada pengunjung. Pastinya sejarah kegemilangan Lukut akan terus diingati dan dikenang dalam sejarah negara. Galeri Sejarah Lukut Waktu Lawatan Pekan Lukut terletak di negeri Sembilan . Mengikut jalan lama dari Seremban ke Port Dickson, anda akan temui pekan Lukut di pertengahan jalan . Ramai penduduknya terdiri daripada kaum Cina. Sebelum ini , Lukut dan Sungai Ujong mempunyai konotasi yang sama. Ia ada kaitan dengan Datuk Kelana Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Lukut pernah terkenal kerana ladang ternakan babi yang luas dan merebaknya virus nipah di Bukit Pelanduk . Kota Lukut dibina oleh Raja Jumaat Raja Jaafar pada 1847 ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857). Kota ini terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut juga sebagai Bukit Raja. Kota yang berbentuk empat segi bujur yang berukuran lebih kurang 200 meter panjang dan 170 meter lebar ini dikelilingi parit yang dipasang dengan ranjau yang mempunyai kedalaman di antara tiga hingga lima meter dalamnya dan pelawat boleh melihat pemandangan Sungai Lukut, Selat Melaka dan kawasan sekitarnya. Semasa Raja Bot memerintah, banyak tentangan dihadapi daripada musuh terutama daripada Sultan Sulaiman (Sungai Raya) yang enggan tunduk kepadanya. Kota Lukut diperbesarkan dan diperkuatkan dengan kawalan 30 orang askar Arab bagi menghadapi sebarang serangan musuh. Kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku ketika itu akhirnya melemahkan kewangan Lukut dan sedikit demi sedikit menghakis kemasyhuran Lukut. Lukut dibuka oleh Tengku Busu yang berketurunan raja dari Selangor yang memulakan aktiviti perlombongan bijih timah . Lukut akhirnya menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting. Sungai Lukut dan Sungai Ujong merupakan lombong bijih timah yang utama . Kota Lukut pernah melahirkan tokoh besar seperti Raja Busu, Raja Jaafar, Raja Jumaat dan Raja Bot yang merintis sejarah kegemilangan Lukut. Terdapat sebuah muzium di sini yang dinamakan Muzium Lukut. |
You are subscribed to email updates from di lukut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan