Khamis, 1 Mac 2012

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Hutan Lipur Lata Kijang <b>di Jelebu</b> Bahaya Untuk Orang Awam | Blog <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2012 04:29 PM PST

SEREMBAN: Orang ramai masih tidak digalakkan ke Hutan Lipur Lata Kijang di Jelebu atas faktor keselamatan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Datuk Mohammad Razi Kail berkata kawasan itu didapati masih merbahaya dan tidak selamat.

"Kita tidak digalakkan orang ramai untuk berkelah, berkhemah atau bermalam di situ kerana keadaannya yang masih tidak selamat. Tempat itu memang cantik, tapi dari segi keselamatan kita tidak galakkan orang ramai datang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pada 1 September 2010, kawasan itu ditutup kepada orang ramai berikutan fenomena 'kepala air' yang berlaku akibat hujan lebat membawa banjir besar menyebabkan Hutan Lipur Lata Kijang yang terkenal dengan air terjun setinggi 80 meter itu mengalami kerosakan teruk.

Akibat kejadian itu, pokok di tepi jeram hanyut dibawa air dan terdapat tinggalan lumpur setinggi empat meter daripada permukaan jeram hingga ke tebing.

Lebih memburukkan keadaan, laluan jeram berubah kerana kini dipenuhi pokok dan batu yang hanyut dibawa air.

Limpahan air besar itu turut memusnahkan wakaf dan dewan terbuka yang dibina di atas tebing jeram, manakala tangga laluan alternatif ke Gunung Besar Hantu di sebelah hutan lipur rosak dan tidak selamat digunakan.

Mohammad Razi berkata sejak kejadian itu, pihaknya telah melakukan pembaikan dan pembersihan terhadap mana-mana infrastruktur yang rosak di kawasan itu dan akan turut memasang alat amaran air naik.

Ditanya bila kawasan itu akan dibuka semula kepada orang ramai, beliau berkata: "Kita perlu tengok dulu dari segi keselamatan. Selagi ia tidak selamat, kita tidak akan buka. Tapi kita benarkan orang untuk datang, tengok, ambil gambar dan balik".

Beliau berkata penggemar sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda juga tidak dibenar melakukan aktiviti berkenaan di kawasan itu. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads