Selasa, 21 Februari 2012

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Tender Hospital <b>Rembau</b> Terpaksa dibuka menjelang Pilihanraya

Posted: 20 Feb 2012 12:09 AM PST



Kenyataan Terbuka
Parti Keadilan Rakyat Rembau
TENDER HOSPITAL TERPAKSA DIBUKA MENJELANG PRU KE 13
Pada pilihanraya Mac 2008, Barisan Nasional menerima tentangan yang sengit di mana - mana sahaja termasuk di Rembau. Panik melihat momentum kebangkitan rakyat maka banyak janji telah ditabur ketika pilihanraya tersebut. Antaranya pembinaan Hospital Rembau. Masih segar rasanya bagaimana majlis meletakkan batu asas telah dibuat gilang gemilang, ratusan kakitangan kerajaan diwajibkan hadir menyaksikan Calon Bn menyimin batu bata sebagai batu asas memulakan projek hospital Rembau. Majlis tersebut telah diwajahkan sebagai majlis Barisan Nasional, sebagai medan kempen PRU 12.
Namun masa berlalu, tapak batu asas tersebut tinggal sepi. Namun bagi pakatan rakyat Rembau tidak pernah henti menuntut janji PRU yang banyak tak tertunai termasuklah janji pembinaan hospital ini. Walaupun belum menang namun tanggungjawab kami tidak pernah abaikan dari pembelaan kebajikan hinggalah mendesak dan menyedarkan rakyat mengenai penyelewengan Bn setempat. Dari Mac 2008 dan kini sudah menjelang Mac 2012 tiba - tiba di umumkan bahawa tender projek pembinaan hospitak tersebut 'akan' dibuka.
Malah kawasan yang dulunya bersemak ditinggal sepi telah dipagar zink dan diletakkan papan tanda berbunyi "Cadangan Tapak Projek Membina dan Menyiapkan Hospital Rembau Daerah Rembau". Agak lucu dengan gimik papan tanda bertulis besar itu, adakah orang Rembau tidak tahu mengenai tapak itu dicadangkan untuk bina hospital. Majoriti orang Rembau tahu cuma menanti bila janji itu hendak ditunaikan ?
1. Kenapa setelah lebih empat tahun upacara Perletakan Batu Asas ini disempurnakan pada 7 Mac 2008 baru tender akan dibuka pada bulan April 2012?
2. Jika pada tahun 2008 kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta, berapa ratus juta pula kosnya pada tahun 2012 ini? Siapa yang akan bertanggungjawab dengan peningkatan kos tersebut ?
3. Apakah tanah seluas 20 ekar milik PKNS yang akan didirikan Hospital Rembau ini masih milik PKNS, milik individu atau milik kerajaan pusat? Jika bukan lagi milik PKNS, berapakah kos jualah tanah tersebut dan hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri?
4. Selepas proses tender selesai, bilakah proses pembinaan Hospital Rembau ini akan bermula dan bilakah dijangka akan siap ?
5. Pembersihan kawasan dan menutup kawasan dengan zink juga melibatkan perbelanjaan, seharusnya perbelanjaan itu selalunya ditanggung oleh kontraktor yang mendapat tender. Malangnya tender belum dikeluarkan maka siapa yang menanggung perbelanjaan tersebut dan berapa jumlahnya ?
Kepada semua orang Rembau yakinlah ini berlaku kerana panik pilihanraya umum akan menjelang tiba. Mereka telah mengukur mood sokongan rakyat, hasilnya mereka panik dengan tahap kesedaran. Pengundi Rembau masih mempersoalkan janji - janji PRU yang tidak tertunai. Janji akan dibina IPTA di Rembau akhirnya tinggal janji apabila UITM telah dimulakan pembinaannya di Mambau. Kenapa di Mambau bukan di Rembau ? Jawapanya di Dun Mambau dan Parlimen Rasah Bn tewas maka untuk memujuk sokongan maka UITM dibina di situ maka di Rembau Bn yakin menang maka rakyat akan terus ditipu dengan janji kosong pilihanraya.
Seperti janji Hospital apabila ditanya kepada orang - orang lama Rembau rupanya PRU sebelum 2008 juga sudah kedengaran janji itu.
Akhinya adakah orang Rembau akan terus dinyanyikan janji kosong PRU ke 13 ?

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads