Isnin, 20 Februari 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Mee Kari <b>Rasah</b> – Best wooo! : Me and my world

Posted: 19 Feb 2012 04:01 PM PST

1. Mee Kari ialah salah satu makanan favourite aku yang aku pasti tak akan lepaskan peluang kalau ada masa. Dan ada banyak jenis mee kari yang kita boleh jumpa kat Malaysia ni. Ada yang kuah dia pekat macam masak kari ayam pastu letak mee, ada yang rasa ala-ala chinese-food, ada yang campur dengan ayam goreng, dan pelbagai lagi.

2. Di Seremban, Mee Kari favourite aku terletak di Jalan Rasah, kalau dari Pusat Bandar Seremban, jalan menghala ke Hospital Besar Seremban (Hospital Tuanku Jaafar). Dia pun terletak tak jauh dari stesen keretapi Seremban. Tapi jalan menghala ke situ agak mengkonfiuskan sikit. Tempat tu menghala ke kuarters KTM lama.

3. Mee Kari ni juga dikenali dengan nama Mee Kari Awe (sebutan Kelantan untuk Awang) sebab tokey dia dan pekerja-pekerja dia orang Kelantan.

4. Apa yang istimewa? Well, pada pendapat akulah… Mee kari kat sini kuah dia tak pekat. Kuat dia tak berlemak sangat dan rasa dia pun tak rasa kari sangat. Very light but powerful. Then kalau siapa-siapa yang suka letak cili jeruk, boleh gak.

5. Kalau aku datang sini, aku pasti akan order Mihun kari, sebab aku tak suka sangat makan mee kuning…

6. Selain dari mee kari, tempat ni pun ada jual nasi lemak, dan kuih muih.

7. Warung ni tak cantik, infact, dari segi kebersihan dia memang agak fail laaaa…

8. Setiap hari, kalau dia bukak, memang penuh, tak kiralah hari biasa ke, hujung minggu ke, memang penuh dengan umat!

9. So, kalau nak pegi situ, aku nasihatkan datanglah dalam pukul 8 pagi. Selepas jam 11 pagi, biasanya dah khatam!

10. Amacam? Terliur? :-)

@asrialbaker

you may also like:

Tags: ,

Category: food

Lelaki Miliki Dadah Dipenjara, Sebat

Posted: 20 Feb 2012 01:46 AM PST

RASAH – Seorang lelaki dihukum penjara  12 tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah  Tinggi Seremban hari ini kerana memiliki 100 tiub  yang mengandungi dadah campuran jenis heroin  dan morfin seberat 21.6 gram di Tampin dekat  sini pada awal tahun lalu.

Mohd. Ezri @ Mahfar Mahfod, 30, dijatuhi  hukuman tersebut selepas membuat pengakuan  bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan  oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Zulkifli  Bakar.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Ezri didakwa  memiliki 100 tiub yang mengandungi campuran  dadah jenis heroin seberat 20.2 gram dan  Monoacetylmorphines seberat 1.4 gram di  belakang deretan kedai di Taman Belian, Tampin  dekat sini kira-kira pukul 12.10 tengah malam, 6  Januari tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah  Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut  Seksyen 39A(2) akta sama yang  memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup  atau penjara minimum lima tahun dan sebatan  sehingga 10 kali.

Terdahulu, peguam, Mohd. Aimi Zaini yang  mewakili lelaki itu memohon hukuman ringan  dikenakan ke atas tertuduh kerana anak guamnya  sudah insaf dan mengaku bersalah atas tuduhan  tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan  Ladin yang mengendalikan pendakwaan pula  memohon hukuman setimpal bagi memberi  pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara  berkuat kuasa dari tarikh lelaki itu ditangkap.

Menurut fakta kes, Mohd. Ezri ditahan oleh  sepasukan anggota polis ketika berada di dalam  sebuah kereta jenis Perodua Myvi di belakang  deretan kedai terbabit.

Hasil pemeriksaan polis menjumpai 100 tiub yang  mengandungi dadah jenis heroin dan morfin yang  diletakkan di dalam satu beg galas di kaki  tertuduh.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads