05 di rasah - Google Blog Search |
Polis gempur pusat judi Internet - Utusan Malaysia Online - Selatan Posted: 17 Feb 2012 02:43 PM PST Polis gempur pusat judi InternetSEREMBAN 17 Feb. - Usaha memerangi kegiatan judi siber di bandar ini terus diperhebatkan apabila polis menyerbu dua premis yang menjadi pusat aktiviti haram itu dalam operasi bersepadu di Kampung Dato' Raja Hanifah, Rasah di sini semalam. Operasi kira-kira pukul 5.30 petang itu melibatkan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Dalam serbuan tersebut, sebanyak 66 set komputer yang dipercayai digunakan dalam kegiatan judi Internet itu dirampas di dua premis yang terletak bersebelahan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, pihaknya turut bertindak menahan 17 individu yang merupakan pelanggan serta penjaga di salah sebuah premis berkenaan. "Polis terpaksa memecah masuk dari bahagian belakang premis berkenaan setelah pintu hadapan dikunci bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa. "Walaupun berbuat demikian, polis berjaya menghidu kegiatan mereka itu hasil daripada maklumat dan risikan ke premis terbabit," katanya di sini hari ini. Hamdan berkata, hasil pemeriksaan pada premis pertama, pihaknya telah merampas sejumlah 47 set komputer sebelum merampas 19 lagi set komputer di premis kedua. "Kita menahan 16 pelanggan dan seorang penjaga premis tersebut untuk soal siasat. "Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan yang beragama Islam, mereka akan turut dikenakan tindakan lanjut oleh pihak JHEAINS," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from di rasah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan