Ahad, 19 Februari 2012

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Teregganu Seri, T-Team DiBaham Negeri Sembilan <b>di Paroi</b>

Posted: 08 Feb 2012 09:34 PM PST

Pemain Perak meraikan jaringan Michal Kubala (tengah) pada perlawanan Liga Super menentang Sarawak di Stadium Perak, malam tadi.

Kegagalan Terengganu memanfaatkan permainan di gelanggang sendiri untuk melakar kemenangan membantu Perak merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super buat julung kali apabila menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.

Terengganu yang gagal menggunakan kelebihan gelanggang sendiri apabila turut seri 1-1 dengan PKNS dan Kelantan yang sekadar seri 0-0 di Likas menentang Sabah membolehkan skuad Seladang bimbingan Norizan Bakar melonjak ke tangga teratas liga dengan 15 mata.

Kedudukan itu membolehkan Perak mengatasi Kelantan dengan satu mata dan dua mata meninggalkan Terengganu.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu mensia-siakan peluang keemasan untuk merampas persada liga apabila terikat 1-1 ketika melayani PKNS, sekali gus gagal meneruskan rentetan kemenangan berturut-turut dalam empat perlawanan sebelum ini.

Walaupun mendahului 1-0 menerusi penyerang berbisa, Francis Forkey Doe (gambar kanan) apabila merembat masuk hantaran Joseph Kalang Tie pada minit ke-37, anak buah Mat Zan Mat Aris gagal mengekalkan kelebihan apabila pelawat menyamakan kedudukan selang dua minit babak kedua bermula menerusi tandukan Helmi Remeli.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan T-Team 2-1 untuk merakam kemenangan ketiga, sekali gus kekal di tangga keempat carta liga.

Zairo Anuar Zailani memberikan pendahuluan buat T-Team menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-36 tetapi gandingan mantap Jean-Emmanuel Effa Owona dan Mohd Shakir Md Ali menyaksikan masing-masing menyumbat gol pada minit ke-45 dan 65.

Perak yang mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah mula menunjukkan belang apabila mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Michael Kubala sebelum rakan sepasukan Fahrul Razi Kamaruddin mengukuhkan kedudukan pada minit ke-27.

Namun, pelawat yang dibimbing Robert Alberts merapatkan jurang pada minit ke-33 apabila penyerang dari Croatia Vedran Muratovic menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Mohd Noor Hazrul Mustafa.

Pertembungan tumpuan ramai di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi antara Selangor dengan Lions XII yang digembar-gemburkan sebagai mengimbas semula nostalgia permusuhan Piala Malaysia 80-an, bagaimanapun berkesudahan dengan seri 1-1.

Shahril Ishak merembat masuk dengan kaki kiri selepas menggelecek dua pertahanan tuan rumah, seminit sebelum rehat tetapi K. Gurusamy kembali melegakan Gergasi Merah dengan jaringan penyamaan yang menerjah ke penjuru atas gawang lawan, minit ke-45.

Di Stadium Pasir Gudang, Johor FC terus kempunan tiga mata di laman sendiri selepas sekadar seri 1-1 dengan barisan 10 pemain FELDA United.

Tuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-82 hasil rembatan pemain gantian Mohd Syazwan Zainon tetapi FELDA menyamakan jaringan menerusi tandukan Mohd Azrul Ahmad ketika aksi berbaki lima minit.

Di Stadium Hang Jebat Melaka, jaringan tunggal seawal minit keenam Mohd Khyril Muhymeen Zambri sudah cukup buat pelawat Kedah menewaskan Kuala Lumpur bagi kemenangan pertama skuad Kenari musim ini.

Diperkuat dengan dua import baru, skuad Warga Kota menguasai babak kedua dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-80 tetapi rembatan Mohd Shafiq Johari ditepis penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias.

Kekalahan skuad bimbingan Razip Ismail itu terus meletakkan Kuala Lumpur di posisi tercorot liga dengan lima kekalahan dan sekali seri hasil enam perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads