Jumaat, 24 Februari 2012

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Curi Air: Premis Pembekal Ayam <b>Di Nilai</b> Diserbu | Anak-Anak <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 10:35 PM PST

NILAI – Sebuah premis pembekal ayam di kawasan perindustrian Nilai 3, dekat sini, diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), semalam, selepas didapati menjalankan kegiatan mencuri air melalui penyambungan haram menggunakan paip jenis Unplasticized Polyvinyl Chloride (UPVC).

Serbuan terhadap premis itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota SAINS bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kira-kira jam 10 pagi.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam SAINS, Azlan Abdul Aziz, berkata operasi tersebut diadakan hasil maklumat orang awam dan risikan pihaknya.


"Ketika serbuan, kami mendapati premis tersebut melakukan kesalahan melalui penyambungan tidak sah menggunakan paip jenis UPVC bersaiz 15mm. Kita turut menjalankan ujian klorin di lokasi tersebut dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, air yang diperoleh melalui penyambungan paip air secara tidak sah tersebut digunakan bagi memproses ayam segar.

Sumber: Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads