Ahad, 25 September 2011

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


SEKITAR MAJLIS RUMAH TERBUKA BERSAMA YB AZMIN <b>DI TELUK</b>

Posted: 19 Sep 2011 12:00 AM PDT

Rumah Terbuka Idil Fitri PKR Teluk Kemang

Saya berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Idil Fitri Anjuran Cabang PKR Teluk Kemang, Port Dickson pada 17 Sept 2011 baru-baru ini. Tetamu istimewa pada majlis tersebut adalah Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali. Majlis bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang dihadiri seluruh masyarakat berbagai kaum di sekitar Teluk Kemang.

Turut hadir adalah Pengerusi PKR Negeri iaitu MP Teluk Kemang, Dato' Kamarul Baharin, Ketua AMK Negeri, Sdr Nazri Yunus serta pimpinan PKR dan PR Teluk Kemang.

Tahniah kepada Penganjur yang telah berjaya mengadakan majlis tersebut. YB Azmin kemudiannya terus bertolak ke Palong 5 untuk program ceramah di sana pada malam itu.

----------------------------------------------------------------------------------------

Sumber: Lubok Kawah

YB Azmin Ali di Felda Tersang, Raub

Azmin Ali bergambar bersama anggota-anggota Wanita PKR Pahang, Majlis ini dianjurkan oleh Wanita PKR Pahang.
Wanita PKR Pahang bersama YB Azmin Ali
Tahniah kepada Wanita PKR Pahang yang berjaya menganjurkan Majlis Rumah Terbuka di Felda Tersang 1. Seekor lembu telah ditumbangkan. Kehadirannya cukup memberangsangkan, dan kawalan Polis cukup ketat.
Di pintu masuk ke Felda Tersang telah diadakan sekatan bersejarah untuk satu-satu Majlis Sambutan Hari Raya. 40 orang anggota Polis terlibat dengan setiap kenderaan yang melalui sekatan itu akan diberhentikan, soalan-soalan ditanyakan, dan keadaan ini merupakan sebagai kawasan "war zone" di Iraq.
Kononnya Ordinan Dharurat hendak dimansuhkan mengikut kata Isteri Rosmah, tetapi sekatan jalanraya yang melampau-lampau ini tidak membayangkan bahawa Negara ini mahu menuju kearah pemulihan demokrasi, bahkan Demokrasi makin terancam.
Bagi saya sendiri, saya telah memohon maaf untuk tidak hadir ke Majlis ini. Kami baru selesai mengadakan jelajah Pahang selama 6 hari dengan setiap hari dapatlah tidur tidak lebih dari 3 jam sehari, kemudian diikuti pula dengan Program Hari Raya di Felda Palong 5 dengan tetamu khas YB Azmin Ali.
Saya sampai dirumah jam 4.00 pagi 18.9.11 itu, kemudian berlangsung pula program penyerahan Borang Perlantikan Peguam di Felda Jengka 17 pada jam 11.00 pagi, diikuti dengan program Rumah Terbuka Aidilfitri di PKR Cabang Kuala Krau dimana saya menjadi Tuan Rumahnya.
Penganjur Majlis di Tersang pinta juga saya hadir kesana untuk berucap walaupun saya berkali-kali mohon maaf untuk tidak hadir kerana begitu keletihan dan mengantuk yang amat sangat, saya mohon untuk berehat kerana selepas 20hb September 2011 ini hinggalah kepada 27hb September 2011, saya akan menghadiri setiap hari Majlis-Majlis yang sudah tentu saya akan dapat sampai di rumah jam 3.00 atau 4.00 pagi.
Abang Ali berkeras mengatakan bahawa peneroka-peneroka Tersang 1 tetap mahukan saya hadir untuk berucap.
Saya sampai di Majlis itu jam 9.45 malam, pada waktu itu wakil ANAK sedang berucap. Ucapannya dipendekkan oleh Pengerusi Majlis dan dipanggil YB Azmin Ali berucap.
Sehabis sahaja YB Azmin berucap jam 10.45 malam, Pengerusi Majlis terus menutup Majlis, walaupun YB Azamin Ali mengumumkan didalam Majlis itu bahawa saya akan berucap selepas beliau.
Kemudian ramailah peneroka-peneroka Tersang semacam marah kepada saya kerana enggan berucap, Abang Ali dan JK PKR Cabang Raub pula datang menemui saya dan memohon maaf diatas kesilapan teknikal.
Bagi saya ucapan dari wakil ANAK dan YB Azmin Ali itu sudah memadai tak perlu ditokok tambah lagi, hanya yang saya kesalkan kenapakah saya semacam dipaksa pinta juga hadir untuk berucap walaupun saya sudah menyatakan keadaan saya yang begitu letih dan mengantuk, tetapi apabila saya sampai di Majlis itu, saya tidak dipanggil untuk berucap.
Saya balik semula ke Temerloh dengan keadaan letih dan mengantuk tetapi apa boleh buat terpaksa jugalah memandu, dan banyak kali berhenti rehat di tepi jalan, melelapkan mata barang beberapa minit dan menyambung semula perjalanan saya ke Temerloh, dan sampai di Temerloh lebih kurang jam 3.00 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads