Khamis, 29 September 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Batu vs Kayu: Pergaduhan <b>di Seremban</b> akibat dihasut, kata ahli PAS

Posted: 27 Sep 2011 06:39 PM PDT

Ahli PAS Abdul Hadi Abdul Aziz, 21, yang didakwa dibelasah oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA pada ceramah timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu pada Sabtu lalu, percaya tindakan berkenaan bertujuan menghasut mereka supaya bertindak ganas.

Guy injured during Mohd Sabu ceramah at SerembanAbdul Hadi, yang hidungnya berdarah selepas ditumbuk oleh penyerang yang belum dikenali itu percaya bahawa matlamat PERKASA adalah untuk menghuru-harakan majlis ceramah pada malam itu supaya ia akhirnya dibatalkan.

Tindakan itu bukan sahaja untuk membantutkan Mohamad - atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu - untuk menyampaikan ucapannya pada majlis perhimpunan Aidilfitri, tetapi juga untuk menakut-nakutkan ahli-ahli dan penyokong PAS.

"Saya percaya PERKASA cuba menghasut ahli-ahli PAS dengan harapan kami bertindakbalas dan akhirnya menjadikan keadaan lebih teruk.

"Kemudian mereka akan labelkan PAS sebagai parti yang ganas. Ini mungkin taktik mereka untuk memerangkap PAS," kata Abdul Hadi kepada Malaysiakini.

NONEAbdul Hadi, seorang graduan kolej baru-baru ini, merujuk kepada pergaduhan yang tercetus pada 24 September lalu di mana botol plastik air minuman dan batu-batu dilemparkan ke arah pentas ceramah PAS di Ampangan, Seremban.

Kekecohan

Pada kejadian itu, sejak awal majlis, penyokong PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah, sambil membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Kekecohan tercetus apabila hampir 100 ahli PERKASA dan bekas tentera cuba mengiringi beberapa wakil mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu. Tindakan itu kerana mereka mendakwa tidak berpuas hati dengan ucapan pemimpin PAS itu mengenai Mat Indera, aktivis anti-kolonialis dan kejadian Bukit Kepong tahun 1950, sebelum ini.

perkasa protest in mat sabu seremban ceramah 250911 3Mengimbas kembali peristiwa petang itu, Abdul Hadi berkata beliau sedang menikmati minuman di sebuah gerai berhampiran apabila terdengar kekecohan di pintu masuk ke tempat ceramah.

"Saya bergegas ke tempat kejadian, di mana saya dapati tiga ahli PERKASA telah menyeberangi jalan dan menuju ke pentas ceramah. Saya nampak seorang lagi ahli PAS - Abdus Star Nor Mohd - dan beberapa ahli PAS yang lain cuba menghalang mereka.

"Kemudian, lebih ramai ahli PERKASA menyeberangi jalan dan mula menolak para hadirin dalam usaha cuba menuju ke pentas. Saya nampak Abdus Star ditolak, jadi saya ambil keputusan untuk menolongnya.

NONE"Pada ketika itu, seseorang menumbuk hidung saya, dan dalam sekelip mata hidung saya mula berdarah dan saya rasa pening. Seorang ahli PAS kemudian datang membantu saya dan membawa saya ke tadika Al Wildan, tempat ceramah diadakan," kata Abdul Hadi.

Beliau kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Rahang pada malam yang sama.

Bertambah semangat

Abdul Hadi yang menjadi ahli PAS sejak empat tahun lalu, berkata episod itu tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, ia telah menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk melibatkan diri dengan perjuangan PAS.

Selain Abdul Hadi, seorang lagi ahli PAS juga didakwa cedera akibat lontaran batu yang terkena kepalanya pada kejadian itu. Walau bagaimanapun, ahli PAS yang hanya dikenali sebagai 'Shahib' itu enggan untuk ditemuramah atau membenarkan gambarnya dirakam.

Pada Sabtu lalu, polis berjaya meleraikan ketegangan selepas memujuk kedua-dua pihak supaya bertenang.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanPesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abd Ghani dilaporkan sebagai berkata parti itu akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu.

Sementara itu, setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad menafikan bahawa ahlinya cuba menghasut atau menyerang Abdul Hadi atau mana-mana ahli-ahli PAS yang lain.

Menentang Mat Sabu

"Saya tidak bersetuju terhadap penggunaan keganasan. Adalah tidak benar bahawa kami sengaja menimbulkan kemarahan mereka. Kami tidak ada sebab untuk menimbulkan apa-apa provokasi kerana kami tidak menentang PAS, tetapi hanya Mohamad Sabu," katanya kepada Malaysiakini.

"Namun apabila hadirin terlalu ramai dan mereka pula beremosi, pelbagai insiden boleh menjadi di luar kawalan," kata Alias.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanBeliau sebelum ini mendakwa bahawa seorang ahli PERKASA juga antara mereka yang cedera pada kejadian itu apabila terkena simbahan 'air panas'.

Menurut Alias lagi, seorang daripada penganjur ceramah berkenaan telah membenarkan tiga perwakilan PERKASA untuk bertemu dengan Mat Sabu. Tetapi apabila tiga lagi ahli PERKASA yang lain ingin turut serta, mereka dihalang.

Akibatnya, kata Alias, tercetus ketegangan sehingga menimbulkan suasana huru-hara.- mkini

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads