Sabtu, 10 September 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Chegu Bard mahu Utusan Malaysia sedar diri | Free Malaysia Today

Posted: 09 Sep 2011 08:36 PM PDT

"Minggu lepas saya telah menghantar email kepada Utusan Malaysia bagi menjelaskan semua ini tetapi sehingga hari ini tiada sebarang respon dari mereka."

SEREMBAN: Kecewa dengan pemberitaan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menipu orang Melayu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin  bersama ahli SAMM mengambil tindakan menampal tiga keping poster bermesej di hadapan pejabat akhbar tersebut di Seremban.

Chegu Bard bersama penyokongnya menampal poster tersebut bagi menjelaskan dan menafikan tuduhan laporan akhbar tersebut pada 30 Ogos lalu yang mencabarnya untuk membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan isu cincin berlian RM24.45 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Utusan Malaysia merupakan media pekak bagi Umno yang mengamalkan strategi "pembohongan besar". Akhbar tersebut mencabar saya membuat laporan SPRM pada 30 Ogos sedangkan laporan SPRM telah pun saya buat pada 13 Julai di SPRM Pulau Pinang dan wartawan Utusan Malaysia juga berada dalam sidang akhbar tersebut.

Tiada respon

"Minggu lepas saya telah menghantar email kepada Utusan Malaysia bagi menjelaskan semua ini tetapi sehingga hari ini tiada sebarang respon dari mereka.

"Maka sebagai langkah terakhir saya datang sendiri ke pejabat Utusan Malaysia dan menampal segala penjelasan saya berhubung pendedahan isu cincin berlian RM24.5 juta yang dikaitkan dengan Rosmah dan penafian tuduhan Utusan Malaysia terhadap saya yang disiarkan oleh akhbar tersebut pada 30 Ogos lalu.

"Utusan Malaysia melaporkan isu tersebut ikut suka hati mereka dan tindakan saya pada hari ini ialah untuk bagi mereka sedar diri dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka" kata Chegu Bard  yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Rembau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads