Khamis, 15 September 2011

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Kebakaran Loji penapis minyak <b>di Port Dickson</b> |

Posted: 14 Sep 2011 09:50 PM PDT

No of View :623

 Sebahagian daripada loji penapis minyak milik Esso musnah dalam satu kebakaran, di sini, awal pagi tadi melibatkan sebuah pam saluran penghantar minyak dari loji ke kapal.

Kira-kira 100 pekerja berada di loji berkenaan semasa kebakaran yang bermula pada lewat tengah malam dan sempat menyelamatkan diri sementara api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira empat jam kemudian.

 Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Saadon Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.06 pagi dan mengejarkan enam jentera bomba termasuk unit Hazamat (bahan merbahaya) bersama 32 anggota ke tempat kejadian.

Katanya, tiada laporan kemalangan atau kecederaan diterima dan kerja memadamkan kebakaran turut dibantu oleh dua jentera bersama-sama 24 anggota pasukan bomba Esso dan Shell.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat, tambah beliau.

Seorang pekerja di loji berkenaan, Kassim Bee Mohamad Kassim, 49, berkata pada awalnya beliau terdengar bunyi mesin yang kuat dan letupan kemudian melihat api marak dengan tiba-tiba.

T Mallika, 54, seorang pekerja berkata semasa kejadian, mereka sedang bekerja dan ketakutan lalu terus lari keluar menyelamatkan diri apabila melihat api menjulang naik. -BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads