Selasa, 27 September 2011

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Harian Malaysia » Blog Archive » Udara <b>di Nilai</b> tidak sihat untuk <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2011 04:34 AM PDT

Utama » Berita Terkini

9 September 2011 | 7:34 pm

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila IPU di kawasan itu terus meningkat kepada 105 pada pukul 5 petang berbanding 101 pada pukul 11 pagi dan 98 pada pukul 7 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai merupakan satu-satunya kawasan yang berada pada tahap IPU tidak sihat manakala sebanyak 34 kawasan di seluruh negara berada pada tahap IPU sederhana dan 14 lagi pada tahap IPU baik.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, IPU sederhana (51-100), IPU tidak sihat (101-200), IPU sangat tidak sihat (201-300) dan IPU berbahaya (lebih 301).

Menurut laman web itu lagi, IPU di Shah Alam turut meningkat kepada 95 berbanding 93 pukul 11 pagi dan 87 pukul 7 pagi ini. Selain itu IPU di Petaling Jaya, turut mencatat peningkatan iaitu 95 berbanding 94 pukul 11 pagi dan 87 pukul 7 pagi ini.

Semalam Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjangkakan keadaan berjerebu berterusan beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil.

Sementara itu di MELAKA, beberapa kawasan didapati berjerebu dengan jarak penglihatan antara empat dan enam kilometer manakala Bukit Rambai yang mencatat IPU tertinggi di negeri itu, merekodkan penurunan iaitu 94 berbanding 98 pukul 11 pagi dan 96 pukul 7 pagi ini.

Pengarah JAS Melaka Abd Hapiz A Samad berkata jabatan itu sentiasa memantau kualiti udara melalui dua buah stesen pengawasan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah di Bachang dan SMK Bukit Rambai di sini.

Mereka yang menghidapi penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata atau penyakit paru-paru dinasihatkan mendapatkan rawatan segera sekiranya keadaan kesihatan bertambah buruk akibat terdedah kepada jerebu, katanya. – BERNAMA ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads