Jumaat, 23 September 2011

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Mahalnya barang <b>di Jelebu</b>, Kedai <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 05:08 PM PDT

Oleh: amkns

"

Kenapa tak buka Kedai Rakyat 1Malaysia di Kuala Klawang, Jelebu? Kesian orang Jelebu, kesian nenek Mahani, kesian pakcik Rajima harga barang di kedai runcit mahal sangat. Rais Yatim dan Mohamad Hasan sibuk dengan jalur lebar, bukan nak tengok harga barang di Jelebu. Nak beli barang di Seremban, kena tunggu 2 jam baru ada bas dari Jelebu. Inilah yang dinamakan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan !

Harga barang runcit mahal

22 Sep 2011

KUALA KLAWANG - Penduduk di sekitar pekan Kuala Klawang meminta pihak berkuasa memantau harga barang khususnya barangan runcit yang dijual di pekan ini dengan harga tinggi.  Tinjauan mendapati, harga barangan runcit yang dijual di kedai runcit di pekan ini jauh lebih mahal berbanding di bandar.  

Salah seorang pengguna, Rajima Morgesu, 60, berkata, setiap kali membeli barangan runcit, dia akan menghabiskan tidak kurang dari RM200.  

Menurutnya, harga barangan keperluan di situ sangat mahal.  "Saya sering membeli barangan dapur dan makanan basah di sini serta tiada pilihan lain kerana tidak memiliki kenderaan untuk membeli di luar.  

"Tambahan pula, saya merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja," katanya yang menetap di Taman Nagamas, dekat sini.  Katanya, dia mahu membeli barangan runcit di pasar raya besar yang jauh lebih murah, namun tidak mampu berbuat demikian kerana tambang teksi sangat mahal.  

Sementara menurut Mahani Jaklam, 88, dia hanya berharap kepada barangan keperluan harian yang dibeli anak-anaknya di luar kawasan Jelebu.  Menurutnya, dia tidak pernah membeli barangan keperluan harian di sini kerana harganya mahal.  

"Saya hanya membeli barangan dalam kuantiti sedikit jika perlu. Saya harap pihak berkuasa dapat memantau harga barangan yang dijual di sini kerana ia membebankan penduduk selain tidak mempunyai pilihan lain.  

"Harga barangan keperluan di kedai runcit di pekan Kuala Klawang juga tidak selaras dan ini menyukarkan pengguna membuat pilihan," katanya.  Malah katanya, begitu juga dengan kedai runcit yang terdapat di kampung-kampung di mana harga ditawarkan kepada pengguna tinggi sama seperti di pekan.

    

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9551730.asp

"

Anak Muda Kampung Nak Senang: Mahalnya barang <b>di Jelebu</b> <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 07:34 PM PDT

Kenapa tak buka Kedai Rakyat 1Malaysia di Kuala Klawang, Jelebu? Kesian orang Jelebu, kesian nenek Mahani, kesian pakcik Rajima harga barang di kedai runcit mahal sangat. Rais Yatim dan Mohamad Hasan sibuk dengan jalur lebar, bukan nak tengok harga barang di Jelebu. Nak beli barang di Seremban, kena tunggu 2 jam baru ada bas dari Jelebu. Inilah yang dinamakan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan !

Harga barang runcit mahal
22 Sep 2011

KUALA KLAWANG - Penduduk di sekitar pekan Kuala Klawang meminta pihak berkuasa memantau harga barang khususnya barangan runcit yang dijual di pekan ini dengan harga tinggi.

Tinjauan mendapati, harga barangan runcit yang dijual di kedai runcit di pekan ini jauh lebih mahal berbanding di bandar.

Salah seorang pengguna, Rajima Morgesu, 60, berkata, setiap kali membeli barangan runcit, dia akan menghabiskan tidak kurang dari RM200.

Menurutnya, harga barangan keperluan di situ sangat mahal.

"Saya sering membeli barangan dapur dan makanan basah di sini serta tiada pilihan lain kerana tidak memiliki kenderaan untuk membeli di luar.

"Tambahan pula, saya merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja," katanya yang menetap di Taman Nagamas, dekat sini.

Katanya, dia mahu membeli barangan runcit di pasar raya besar yang jauh lebih murah, namun tidak mampu berbuat demikian kerana tambang teksi sangat mahal.

Sementara menurut Mahani Jaklam, 88, dia hanya berharap kepada barangan keperluan harian yang dibeli anak-anaknya di luar kawasan Jelebu.

Menurutnya, dia tidak pernah membeli barangan keperluan harian di sini kerana harganya mahal.

"Saya hanya membeli barangan dalam kuantiti sedikit jika perlu. Saya harap pihak berkuasa dapat memantau harga barangan yang dijual di sini kerana ia membebankan penduduk selain tidak mempunyai pilihan lain.

"Harga barangan keperluan di kedai runcit di pekan Kuala Klawang juga tidak selaras dan ini menyukarkan pengguna membuat pilihan," katanya.

Malah katanya, begitu juga dengan kedai runcit yang terdapat di kampung-kampung di mana harga ditawarkan kepada pengguna tinggi sama seperti di pekan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9551730.asp

100 lagi kedai 1Malaysia dibuka

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bercadang membuka sekurang-kurangnya 100 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia dalam masa terdekat berikutan sambutan baik pengguna.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, perluasan konsep Kedai Kedai Rakyat 1Malaysia itu didorong oleh tarikan seperti harga barangan lebih rendah sehingga 40 peratus berbanding pasar raya dan kedai runcit.

"Pihak yang berminat dengan konsep kedai itu boleh memohon permit penggunaan paten jenama 1Malaysia daripada Jabatan Perdana Menteri dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,'' katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, konsep Kedai Rakyat 1Malaysia itu juga akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk ke kawasan luar bandar.

"Kerajaan mahu memastikan rakyat ada pilihan dalam membuat pembelian barang dan dengan adanya Kedai 1Malaysia mereka boleh memilih sama ada mahukan produk berjenama ataupun produk 1Malaysia yang setaraf dari segi kualiti,'' katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia pertama di stesen LRT Kelana Jaya di Petaling Jaya pada Julai lalu.

Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan telah dijenamakan dengan jenama itu dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai itu, senarai barangan serta harganya, sila kunjungi http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/ .

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Mohamad Taufek Abd Ghani: 17 tahun tunggu elektrik <b>di Jelebu</b> <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2011 01:40 AM PDT

Akhirnya selepas menunggu selama 17 tahun, sambil berusaha memohon bekalan elektrik ke rumah beliau di Kg Ulu Jelebu dari TNB dan kerajaan UMNO/BN, pada 27 Julai 2011, rumah En Radzuan Bin Halim, 50 tahun dan Puan Norhayati telah pun terang benderang dengan cahaya lampu berkat usaha dari sebuah NGO dengan kerjasama PAS Kawasan Jelebu dan PAS MTD Klawang.

Pihak NGO tersebut telah menyumbangkan sebuah generator dan 5 buah tilam kepada keluarga En Radzuan.

Pihak PAS MTD Klawang telah memberikan kerjasama dengan menyumbangkan wayar dan paip untuk membuat pendawaian di dalam dan di luar rumah En Radzuan.

Pasukan Unit Amal Jelebu telah menghantar 2 orang petugas mereka menjalankan kerja-kerja pendawaian tersebut.

En Radzuan menyatakan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan dari pihak NOG tersebut dan usaha yang dijalankan oleh PAS untuk membantu beliau dan keluarga.

Beliau mempunyai 10 orang anak, iaitu 6 perempuan dan 4 lelaki. Dengan adanya lampu yang terang ini dapatlah anak-anak beliau mengaji dan meneruskan pelajaran pada waktu malam katanya.

En Radzuan menambah lagi walaupun dia tahu PAS bukanlah parti pemerintah tetapi usaha PAS yang ikhlas membantu orang-orang yang miskin seperti beliau, membuatkan beliau rasa terharu dan beliau mendoakan kemenangan PAS pada pilihanraya yang akan datang supaya lebih ramai lagi orang dapat dibantu.

Menurut Saudara Nor Anif (Timbalan YDP) adalah menjadi tanggungjawab PAS membantu semua orang sesuai dengan tema Muktamar tahunan PAS baru-baru ini iaitu 'Negara Berkebajikan'.

Saudara Anif juga menegaskan bahawa walaupun sekarang ini rumah En Radzuan telah pun terang tetapi masih menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO/BN menyalurkan bekalan elektrik ke rumah En Radzuan kerana bekalan elektrik adalah kemudahan asas yang menjadi hak semua rakyat Malaysia untuk mendapat nya terutamanya kawasan Parlimen Jelebu ini diwakili oleh Rais Yatim yang juga seorang Menteri Kanan.

http://pasjelebu.blogspot.com/

Laporan penuh bergambar di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/selepas-17-tahun-baru-nampak-cahaya.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads