Selasa, 6 September 2011

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO Palong Yakin Rampas <b>Bahau</b>

Posted: 02 Sep 2011 11:15 PM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Palong Yakin Rampas Bahau

Oleh: Azlina Rosdy

PALONG, 3 September – Ketua UMNO Bahagian Palong, Datuk Lilah Yasin berkata, gerak kerja persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 13 telah diatur sebaik mungkin untuk memastikan Bahagian Palong menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan di bahagian tersebut.

Katanya, beliau amat yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau yang dimenangi oleh DAP pada PRU yang lalu.

"Kita mampu menang kerusi DUN Bahau dengan syarat kita meletakkan calon yang sesuai sepertimana kata pucuk pimpinan iaitu "winnable candidate". insyaallah kita mampu memenangi kerusi ini.

"Sungguh pun kita beri sedikit  tumpuan di Bahau namun begitu, bahagian lain tidak diabaikan kerana agenda kita mahu menang bersih sekaligus membantu BN mendapat majoriti dua per tiga," ujarnya.

Beliau turut menjelaskan, gerak kerja bersepadu bersama semua sayap turut disusun rapi.

"Semua sayap mempunyai gerak kerja tersendiri dan ianya digabungkan demi mendekati rakyat dan memberi kefahaman tentang perjuanan dan agenda parti.

"Kita sedar, pembangkang tidak akan berdiam diri dan mencuba pelbagai cara memburukkan BN dan UMNO. Setiap fitnah pembangkang harus kita jawab dan Pergerakan Puteri bersama Wanita turut memikul tanggungjawab ini ketika mendekati pengundi dari rumah ke rumah.

"Saya yakin, pengundi di bahagian ini tidak mudah terpengaruh dengan pembangkang kerana mereka mampu menilai apa yang telah kerjaan lakukan demi rakyat," ujarnya.

Lilah turut melahirkan harapannya agar masyarakat di bahagiannya terus memberikan sokongan padu kepada BN dan UMNO kerana katanya, hanya BN yang memebela nasib rakyat tanpa memilih bulu. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 3 September 2011 Pada 2:15 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads