Sabtu, 27 Ogos 2011

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


IKWAN berbuka puasa <b>di</b> rumah <b>...</b> - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 27 Aug 2011 05:59 AM PDT

IKWAN berbuka puasa di rumah Ainol Amriz

IKWAN berbuka puasa di rumah Ainol Amriz


Ainol Amriz Ismail menerima hamper sumbangan Kelab Wartawan Negeri Sembilan di Rasah, Negeri Sembilan, kelmarin.


RASAH 26 Ogos - Lebih 20 ahli Kelab Wartawan Negeri Sembilan (IKWAN) hadir pada majlis berbuka puasa di rumah Ketua Biro Utusan Negeri Sembilan, Ainol Amriz Ismail di rumahnya di Taman Lavender Heights, Senawang dekat sini semalam.

Mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar dan jurukamera daripada beberapa organisasi media di negeri ini seperti Bernama, Berita Harian, TV3, RTM dan Sinar Harian.

Hidangan nasi Arab yang berlauk kambing dan ayam menjadi pembuka selera tetamu yang hadir.

Selain berbuka puasa, majlis itu juga bertujuan bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan terkini Ainol Amriz yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di sini pada 21 Julai lalu.

Walaupun menggunakan kerusi roda hampir sepanjang masa, Ainol Amriz kelihatan ceria menyambut kedatangan ahli-ahli IKWAN.

"Saya gembira dengan kedatangan rakan-rakan media walaupun kini hanya duduk di rumah sementara kecederaan saya benar-benar pulih," katanya.

Pada 21 Julai lalu, Ainol Amriz, 43, cedera selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh di Jalan Siamang Gagap di Seremban.

Kemalangan itu menyebabkan Ainol Amriz mengalami kecederaan serius pada lutut kanan selain luka-luka di badannya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads