Selasa, 30 Ogos 2011

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Mawleed Publishing Books: Ceramah Ustaz Ahmad Lutfi Abdul <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2011 08:57 PM PDT

Pada 28 hb Julai 2011, Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al Linggi telah menyampaikan syarahannya mengenai kelebihan ruh orang-orang mukmin yang bahagia di alam barzakh. Ini adalah kali ke-6 ustaz ke Pusat al Khidmah dalam majlis haul dan maulid Nabi SAW.
Telah berkata Al Hafiz Ibnu Rejab al Hanbali rahimullah dalam kitabnya yang bertajuk, Ahwal al-Qubur wa Ahwal Ahliha ila an Nusyur, bahawa pada hakikatnya, alam barzakh adakalanya merupakan sebuah kebun dari kebun-kebun syurga (bagi penghuninya) dan adakalanya merupakan sebuah lubang dari lubang-lubang neraka (bagi penghuninya).
Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa menciptakan anak keturunan Adam AS untuk berkekalan dan bukannya untuk kehancuran. Hanya saja Allah memindahkan mereka setelah penciptaannya dari satu kampung ke kampung lainnya.
Allah berfirman, "Dan dihadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan".
Mujahid menuturkan, "Alam barzakh merupakan penghalang antara kematian dan kembali ke alam dunia. Ini menurut beliau ia alam yang berada di antara kematian hingga Hari Kebangkitan".
Abu Dawud menuturkan, Shalt bin Dinar menceritakan kepada kami, daripada al Hasan, daripada Jabir bin Abdillah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya amalan kalian akan diperlihatkan kepada kaum kerabat dan sanak keluarga kalian dalam kubur-kubur mereka. Bila amalan itu baik, maka mereka akan bergembira, tapi bila selain itu, mereka berkata, "Ya Allah! berikanlah ilham kepada mereka untuk melakukan ketaatan kepadaMu".
Semoga kalian memahami bahawa yang sebenarnya manusia ini hanya berpindah alam sahaja. Sama ada bertemu dengan Allah dalam keadaan bahagia atau berduka. Semoga Allah merahmati kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads