Ahad, 17 Julai 2011

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Sekadar Berkongsi: Pagi Hari Ke-3 <b>Di Teluk Kemang</b>

Posted: 23 Mar 2011 04:36 PM PDT

Hari nie merupakan hari ke-3 dan itu bermakna tinggal lagi sehari untuk berangkat meninggalkan Pantai Teluk Kemang nih. Nasib baik penceramah nie pandai kawal keadaan yang menyebabkan ramai yang tak mengantuk. Bukan dari segi teknik pandai melawak atau sering membuat aku gelak ketawa, tetapi kerana konsep penyampaiannya berbentuk komunikasi dua hala. Ada soal dan ada yang memberi respon. Bukan macam baca berita jer kat depan. Syok sendiri jer sedangkan orang kat belakang dok tersengguk2 mengantuk.

Argghhh.... yang nie aku lemah sket & tak berapa suka. Dia suka bergerak dan berjalan2 serta tak duduk satu tempat. Di mana tempat dia berhenti maka dia akan menghulurkan microphone untuk bertanyakan soalan. Jadi semua orang akan bersiap sedia termasuklah aku. Setakat hari nie, aku belum kena soal lagi. Selamat....tinggal lagi dua sessi dengan penceramah nie iaitu pagi ni.. Sebelah petang lak penceramah lain....harap2 ok la jugak. Cara penceramah pertama bagus kerana senang di fahami serta mudah untuk di ingati melalui konsep komunikasi dua hala nih. Cuma aku kurang sket bab2 bercakap depan ramai nie....darah gemuruh beb....

Oh yer....aku nak selit sket bab makan. Selalunya bila makan tempat sedap dan ada kelas nie, maka kalau boleh nak limpah pinggan di ambik nya. Kalau lah abis tak kisah sangat kan. Sudah lah makan melampau2, tak henggat kat orang belakang malah membazir pulak tuh. Kalau boleh, ambil la dan makan lah berpada2. Jangan tunjuk sangat sikap buruk tuh. Orang tak kutuk pun cakap datang dari kampung mana la budak nie, macam tak pernah makan kat hotel jer. Tapi dalam mata dan hati orang lain, bermacam2 tanggapan boleh di buat. Kan sedih tuh. Pikir pada kawan belakang yang mungkin tak dapat nak makan atau kawan2 kita yang tak cukup makan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads