Selasa, 5 Julai 2011

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Pantai <b>Teluk Kemang</b> @ Port Dickson | Penyubiru&#39;s Blog

Posted: 16 May 2011 01:22 AM PDT

Hujung minggu yang lepas aku & famili berada di Port Dickson. Wife aku ada kursus di situ, so aku & anak-anak pun tumpang sekali la. Bukan apa, wife aku tak bleh tidur tanpa anak-anak di sisi. hehe.. :tongue:

Aku malas nak taip panjang-panjang, korang layan je la gambar-gambar di bawah ni.

Pantai Teluk Kemang PD

Ni gambar kat Pantai Teluk Kemang Port Dickson. Jangan tak tau kat PD ni ada free wifi – 1NS. Tapi aku try aksess wifi 1NS tu, status connected tapi tak boleh masuk internet. hmm.. Saje lah nak test kan. Tapi sejak banyak kes akaun facebook kena hack antaranya fanpage hotfm & akaun facebook fafau, aku jadi berhati-hati guna free wifi ni. Aku lebih prefer guna broadband jer.

Pantai Teluk Kemang PD

Suasana di tepi Pantai Teluk Kemang pada waktu petang. Ramai giler orang (bukan ramai orang gila tau) bermandi-manda kat pantai ni. Aku paling tertarik dan teringin nak cuba main jet ski & banana bot tu. Tapi tu la, anak-anak aku nak letak mana kan. Mesti diorang nak ikut sekali punyer.

Pantai Teluk Kemang PD

Malas nak basahkan baju, tengok orang lain basah pun jadilah.

Pantai Teluk Kemang PD

Batrisyia dah tak tahan, akhirnya terjun jugak main pasir.

Pantai Teluk Kemang PD

Dah puas tengok pantai, pergi kat dataran pula. Ada perkhidmatan sewa kereta untuk kanak-kanak. RM5 – 5 minit. Syoklah budak-budak tu.

Pandangan panorama guna Galaxy Tab. Klik gambar tuk tumbesaran mata yang sihat.

Pantai Teluk Kemang PD

Pantai Teluk Kemang PD

Nak tunjuk jugak selipar facebook. Satu pasang RM10. Mark Zuckerberg pun takde selipar ni tau. haha.

Pantai Teluk Kemang PD

Puas main kereta, main belon pulak. Tengok tu Qariena sampai juling mata dibuatnya.

Pantai Teluk Kemang PD

Tak lama lepas tu, tiba-tiba keluar basikal jenis baring plak. Aku ingatkan ada berbudak bawak basikal tu dari rumah.

Pantai Teluk Kemang PD

Rupa-rupanya ada booth baru bukak sewa basikal baring yang diberi nama extreme driftcycle.

Pantai Teluk Kemang PD

Menarik jugak kan. Rare ni. Aku tak pernah nampak lagi kat mana-mana ni. RM5 tuk 15 minit. Aku teringin nak cuba tapi biasalah anak aku si Qariena tu mesti nak naik sama. Kalau si Batrisyia tu takpe, dia boleh kayuh sendiri.

Pantai Teluk Kemang PD

Pagi besoknya (ahad) main pantai kat depan Hotel Seri Malaysia. Aku tak tau apa nama khas pantai ni.

Pantai Teluk Kemang PD

Pantai Teluk Kemang PD

Tak dapat lepak lama-lama sebab lepas tu hujan. So, terpaksalah melepak dalam bilik hotel.

Pantai Teluk Kemang PD

gambar panorama. klik tuk tumbesaran yang sihat.

Hadiah hari guru

Ini gambar pagi tadi, 16 Mei 2011. Batrisyia sedang menunjukkan hadiah-hadiah untuk diagihkan kepada guru kelasnya. Bukan kasut atau pakaian Padini tau, beg tu tuk mengelirukan pihak lawan jer. haha.

Last but no least, Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Jasamu di kenang.

Related Posts with ThumbnailsDilihat sebanyak : 720Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads