Sabtu, 30 Julai 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


9W2DYA STESEN RADIO AMATUR: Monitor <b>di</b> V27 <b>Seremban</b>

Posted: 14 Jul 2011 10:29 AM PDT

Selepas saltmine hari Khamis 14 Julai 2011,aku bersama XYL ke Seremban untuk berjumpa dengan adiknya di SDAR. Ini kerana ada beberapa tugasan yang perlu disiapkan memandangkannya akan menghadapi PMR nanti. Sedang sibuk dengan tugasan itu aku monitor menggunakan handy antena rubber duckies. Bermula dari SDAR lagi, aku mendengar audio Abg Bad 9W2BDL di seremban terima 5/9 dibantu dengan keadaan muka bumi SDAR di atas bukit. Selepas itu memulakan tugasan ke Seremban Jaya dideretan kedai untuk menyiapkan tugasannya  itu. Aku mencuri-curi monitor tetapi tak QSL siapa dijalur kerana audionya terlompat-lompat akibat bermobile. Tetapi yang pasti audio Abg Bad pasti mantap lagi diterima 5/9 mungkin basenya terlalu dekat dengan QTH aku.
Selepas adik menyiapkan tugasannya terus hantar pulang ke SDAR. Aku bersama XYL kelaparan dan mengambil keputusan untuk makan malam di Seremban Jaya sahaja sebelum pulang ke Bangi. Aku terus monitor lagi kedengaran beberapa rakan sedang QSO dijaluran. Audio yang paling mantap tetaplah abg Bad 9W2BDL. Kedengarannya beliau sedang QSO dengan Abg Sham 9W2AYH di Putrajaya tetapi negatif tidak dapat menerima audionya. Kemudian kedengaran pula Abg Aky 9W2AKY masuk bergabung, tetapi aku terima dalam 3/8 masih boleh dicopy audionya. Tak pasti QTH beliau di mana agak-agak masih di sekitar Seremban. Kemudian kedengaran callsign Pak Taib disebut oleh Abg Bad 9W2TBD yang sedang bermobile. Aku tak dapat copy mungkin di highway tetapi beberapa lama kemudian apabila di sekitar seremban aku dapat terima audionya dalam 4/8. Aku teringin juga hendak bersalaman di udara tetapi handy aku hampir kehabisan bateri. Jadi aku mengambil keputusan untuk monitor sahaja. Kedengaran Abg Aky dan Pak Taib hendak bereyeball tetapi aku tidak copy QTH nya di mana. Selepas makan jam 10.15 malam akupun pulang ke Bangi semula. Lama sudah tidak monitor di simplex memandangkan base baru ini tidak dapat copy mana-mana jalur. Antena base masih dalam perancangan lagi. Dulu dibase lama xtvt monitor sangat hebat  maklumlah ditempat tinggi. Bukan monitor sahaja QSO pun boleh pakai rubber duckies je hi hi Jadi lokasi di tempat tinggi sangat membantu bagi TX dan RX. Biasa boleh kedengaran audio dari Kuala Kubu Bharu, Kota Damansara, Sungai Buloh, Gombak, Ampang, Shah Alam, Klang, Puchong, Salak Tinggi, Seremban, Mantin dan persekitaran base seperti Bandar Baru Bangi, Kajang, Alam Damai, Semenyih, Sungai Ramal, Seri Kembangan, Bandar Tun Razak, Cheras, Beranang, Nilai dan Sungai Merab serta Putrajaya. Namun propagasi juga turut membantu dalam menerima audio dengan sangat baik. Sekian.

73, Jojet, 9W2DYA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads