05 di rembau - Google Blog Search |
<b>REMBAU</b> HARI INI: Tiada Kemudahan Asas <b>di</b> Taman Sri <b>Rembau</b> Posted: 12 Jul 2011 07:27 PM PDT Aduan Rakyat Online July 12th, 2011 Tiada longkang di Kebanyakan Lot di Lot Banglo, Taman Sri Rembau, Rembau, N.Sembilan Terutamanya di jalan yang bukan jalan utama seperti Jalan Batu Belang dan sekitarnya. Perkara ini mendatangkan kerosakan dan bahaya kepada penduduk seperti air dari atas bukit akan melalui dan memasuki kawasan perumahan menyebabkan berlakunya keretakan pada tembok pemilik rumah. Ketiadaan longkang juga boleh menyebabkab pembiakkan nyamuk Adess yang boleh menyebabkan demam DENGGI kepada penduduk setempat. Yang Kedua, terdapat Lot Banglo di Taman Sri Rembau yang terbiar sehingga menjadi Hutan Rimba. Perkara ini mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat kerana menjadi tempat pembiakkan dan perkumpulan binatang seperti babi hutan dan ular. difahamkan pihak majlis telah mengeluarkan saman kepada pemilik yang ingkar tetapi masih terdapat banyak lot banglo di Taman Sri Rembau yang masih semak samun. Harap MAJLIS DAERAH REMBAU dapat dapat mengatasi masalah tersebut seperti menyediakan kemudahan asas tersebut dengan secepat mungkin dan mengatasi lot-lot banglo yang semak samun. Apalah gunanya lanskap yang cantik di kawasan sekitar MAJLIS DAERAH REMBAU jika kemudahan asas di TAMAN SRI REMBAU, LOT BANGLO (belakang MAJLIS DAERAH REMBAU) tidak dapat disediakan dan lot-lot banglo di belakangnya semak samun tanpa diuruskan sehingga mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat. Sekian, Terima Kasih. By: NIZAM |
You are subscribed to email updates from di rembau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan