Ahad, 24 Julai 2011

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Wali Band Jayakan Konsert Amal <b>Di Nilai</b>, 16 Julai Ini!

Posted: 13 Jul 2011 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Wartawan GengMurai

KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2011: Peka dengan tanggungjawab mereka untuk membantu golongan yang memerlukan, Wali Band sanggup turun padang untuk menjayakan Konsert Amal Baik Baik Sayang Wali Band anjuran Angkatan Seni Baru Di Bawah Yayasan Negeri Sembilan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 16 Julai 2011.

Jurucakap konsert tersebut, Syed Mohd Yusof Wafa Syed Nordin berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila Wali Band sanggup menyatakan kesudian mereka untuk menjayakan konsert tersebut.

"Ia membuktikan bahawa Wali Band tidak melupakan tanggungjawab mereka untuk melaksanakan usaha-usaha murni yang seperti ini," katanya kepada murai.com.my.

Jelas Syed Mohd Yusof Wafa Syed Nordin lagi, konsert amal itu diadakan bagi mengumpul dana untuk membantu ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan orang kurang upaya yang menetap dan berada di serata Negeri Sembilan.

"Semua sumbangan ini akan disalurkan keada Pekerti atau Badan Kebajikan Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajan Negeri Sembilan," katanya.

Dalam konsert ini, Wali Band akan membawakan rangkaian lagu-lagu popular hits mereka. Antaranya ialah Cari Jodoh, Yank, Tomat serta Baik-Baik Sayang. Manakala, penyanyi lagenda, Ito Blues Gang diundang sebagai artis penampilan khas di dalam konsert tersebut.

Bagi yang ingin menyaksikan konsert amal Wali Band ini, tiket berharga RM50, RM100 dan RM300 (VIP) boleh didapati di Tingkat 7, Bangunan Yayasan Seremban atau hubungi talian: 017-2580656.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads