Jumaat, 8 Julai 2011

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


AKU SUKA MEMANCING: TIP ARUS DAN UMPAN <b>DI</b> KELONG POZI <b>LUKUT</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:07 AM PDT

Saya sememangnya suka memancing, tak kiralah di mana atau lokasi asalkan memancing dan dapat ikan. sewaktu mula memancing saya memancing dalam parit sahaja atau sawah padi. Pada masa tu, joran yang digunakan hanya batang bertam yang dibuat oleh mak saya yang juga kaki pancing dalam sawah. Ikan yang dipancing pon pada masa tu seperti puyu,keli,haruan,lundu dan ikan2 kecil yang lain.

Kalau hujan turun lebat, mak dan ayah saya tak dapat menoreh, jadi saya akan ajak ayah saya pergi cari umpan. Umpan yang popular pada masa tu pulak bukan senang nak dapat. Nak dapatkan umpan tu, ayah terpaksa korek busut dan bertarung dengan kongkiak(anai2 besar dan hitam). Apabila dikorek, maka dapatlah umpan tu.. kelkatu putih (muda) atau hitam(dewasa) yang lembut. Kalau kena gigit ngan kongkiak tu..ish..ish.. jangan cakap la.. sakit ooooo. kekadang sampai berdarah2 kaki saya. tapi nak buat cam na.. untuk mendapatkan umpan tu terpaksalah aku membuat pengorbanan. umpan kelkatu besar ni best, ikan keli dan puyu suka sangat umpan ni berbanding cacing. Bau kelkatu yang dikorek tu sudah cukup membuatkan ikan2 tak senang duduk.. terus ngap je kalau dijumpai ikan.

Walau bagaimana pun, saya tak dapat menandingi mak saya yang memang terrer memancing.. kalau saya dapat sekor, mak saya dah dapat lima ekor. Apa ilmu yang dia pakai pun aku tak tau, tapi kalau mak saya mancing memang tekun dan berusaha bersungguh untuk menaikan ikan.Iikan2 yang dapat tu selalunya mak saya masak asam pedas cair ngan batang keladi.. perghh.. masih menjadi kegemaran saya sampai sekarang.

Selepas masuk sekolah menengah, aku dah jarang mancing dek kekangan masa. Cuma sekali sekala aku layan gak la. Apabila saya masuk kolej, saya start balik mancing. Saya beli rod dan kekili. pada masa tu, Orang kampung saya yang paling muda minat mancing, selalu gak kena kutuk ngan kawan2 kerana tinggalkan aktiviti kampung kerana pergi memancing. Pada masa tu, saya redah je mancing kat sungai. kadang2 sampai pagi duduk tepi sungai tanpa memikirkan rasa takut dan juga bahaya. nasib baik lah saya tak dibelit sawa atau dibaham buaya. masih muda katakan, tapi sekarang ni saya lebih hati2 walaupun masih lagi berani pergi mancing sorang2. Bukan apa, fikirkan isteri2 dan anak2. Kalau apa yang terjadi pada saya, pasti menyusahkan mereka jugak. betulkan?

Setelah sekian lama memancing tanpa guru yang bertauliah ,saya ditugaskan bekerja di tapah,cenderiang. pergh.. dihantar bertugas kat lubuk ikan air tawar. Memang syok duduk kat sini. tiap2 petang saya pergi memancing. Dari sini lah saya cuba belajar memancing yang lebih efisien. belajar pulak dengan apek2 yang agak kreatif memancing ikan air tawar seperti tilapia, tongsan sisik halus,lampam, haruan dan tongsan sisik kasar,. saya akui, dia kat tapah ni memang kreatif memancing dengan pelbagai cara dan umpan. Saya pernah tengok apek2 ni memancing tongsan sisik kasar guna umpan pau cina sembahyang tu. taruk satu biji terus.Kat tapah jugak saya pandai pancing sembat guna mata tiga, sembat dekat pulak tu dan duduk ramai2 dekat2 je. kalau sesapa yang mula belajar memancing sembat jangan cuba masuk group ni, guarenti ada yang buta kena mata pancing. Bayangkan la, mata pancing yang naik dari air akan dipukul dengan rod lalu jatuh semula ke dalam air.perghhh.. ngeri bro.

Akhirnya saya juga berjaya mengusai teknik ni dan joint dengan group apek2. Pada masa tu pon saya sorang je melayu yang mancing cara tu. ikaan tilapia merah dan hitam yang bawah 600 gram lebih kurang lepas balik kerana masih kecil. pergh.. banyak sungguh ikan2 tilapia kat sini. Kalau tongsan sisik halus jangan cerita la.. panjang2 sedepa. selalu meletup tali pancing kalu kena sembat dek mata tiga.

Selepas tu,saya berhijrah ke Petaling jaya. Kat Petaling Jaya ni saya mula kenal mancing kat kolam bayar, tepi pantai atau sungai air masin. Semenjak itu, aktiviti memancing saya lebih menjadi ke pro sikit. mula kenal dengan rod dan reel yang lebih canggih. saya mula memancing laut dalam, kelong, tasik buatan, sungai air masin dan tepi pantai. Seluruh malaya saya jelajah untuk memancing serta menimba pengetahuandan pengalaman sehingga saya mendapat ramai kawan memancing dan mempunyai group sendiri memancing di laut dalam.

Walau bagaimana pun, saya lebih suka memancing di kelong kerana lebih rilex, senang pergi dan balik, tak meletihkan , dekat serta kurang belanja. kalau tak ada aktiviti memancing di tempat yang jauh, saya pasti pergi ke kelong tak kira air cantik atau tidak. Akhirnya setelah mengeledah 3 buah kelong, saya menjumpai beberapa lubang atau lubuk yang menarik. Di tambah dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman, saya agak selalu berjaya mendaratkan ikan yang agak memuaskan.

sesungguhnya aktiviti memancing ni akan menjadi lebih menarik dan seronok kalau kita tahu cara dan teknik yang betul. apa2 pun sesungguhnya ilmu dan rezeki itu hak milik Allah, kita hanya merancang dan berusaha, jadi kalau pergi memancing tapi hampeh je.. jangan marah dan putus asa. cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi...........

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads