Rabu, 6 Julai 2011

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Masjid Qariah <b>Lukut</b>: ISRAK & MIKRAJ

Posted: 05 Jul 2011 07:11 AM PDT

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul 'Arabi

"Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi."

"Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya."

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud 'Tempat Nabi bermikraj', disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): "Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul 'Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

"Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar dirogol rakan sendiri | .:: A A N S ::.

Posted: 05 Jul 2011 09:37 PM PDT

PORT DICKSON – Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah Lukut di sini, membuat laporan polis selepas dirogol rakan sekolahnya di sebuah rumah kosong di taman perumahan di Lukut sekitar jam 12.30 tengah hari, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, mangsa yang berumur 15 tahun mendakwa dia dipaksa rakannya itu untuk melakukan hubungan seks.

"Suspek yang juga berumur 15 tahun ditahan reman sehingga Jumaat depan untuk membantu siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, semalam.

Dalam satu kejadian berasingan, Baljeet berkata, seorang wanita berumur 20 tahun, kelmarin, membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol kekasihnya yang berumur 43 tahun.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dipaksa minum minuman dipercayai dicampurkan dengan sejenis pil khayal ketika makan di sebuah kedai sebelum dirogol di bilik salah sebuah hotel di Telok Kemang di sini.

"Kejadian berlaku pada April lalu dan mangsa membuat laporan polis selepas mendapati dirinya sudah mengandung.

"Suspek berjaya ditahan reman sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan dan kedua-dua mereka bukan penduduk Port Dickson dan hanya datang ke sini untuk bercuti," katanya.

Difahamkan, statistik laporan berkenaan kes rogol dari Januari sehingga 3 Julai tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Sebanyak 16 laporan ke rogol dicatatkan pada tahun ini berbanding sebanyak 12 kes pada tahun lalu dan kebanyakan mangsa adalah di bawah umur serta suspek juga dikenali mangsa.

Sementara itu, Baljeet berkata, satu pendekatan holistik perlu diambil oleh semua pihak dalam menangani masalah ini secara tuntas sebelum keadaan menjadi semakin teruk.

"Ibu bapa terutamanya perlu memainkan peranan mereka untuk memantau pergerakan anak serta aktiviti mereka dalam semua perkara dan tidak melepaskan tanggungjawab itu semata-mata kepada pihak ketiga seperti sekolah," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads