Rabu, 27 Julai 2011

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Projek landasan berkembar <b>Gemas</b>-Johor akan <b>di</b> tender

Posted: 26 Jul 2011 06:32 PM PDT

Tender untuk projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Baharu sepanjang 197 kilometer akan dikeluarkan menjelang akhir tahun.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, laluan itu telah pun berada dalam peringkat akhir reka bentuk, kata beliau tetapi enggan menyatakan sama ada tender itu akan dibuka kepada pihak asing.

"Laluan Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas, masing-masing telah pun 70 dan 90 peratus siap," tambah beliau selepas merasmikan forum mengenai "Memperkasakan Landasan di Malaysia" di Kuala Lumpur, semalam.

Sektor Gemas-Johor Baharu merupakan pakej akhir untuk EDTP itu.

Sebelum ini, dinyatakan yang laluan Gemas-Johor Baharu bernilai RM7 bilion kerana ia bukan hanya terdiri daripada membina sistem landasan berkembar itu tetapi juga hab pengangkutan dengan kapasiti untuk menandingi Transit Rapid Mass (MRT) di Singapura.

Kong berkata, sektor rel/landasan telah bersedia untuk muncul sebagai pemangkin dalam landskap sistem pengangkutan awam Malaysia yang pesat berkembang sebaik sahaja kesemua projek diselesaikan.

Beliau berkata, EDTP di bahagian utara dijangka siap pada akhir 2013 dan laluan ke Johor menjelang 2016.

Ditanya jika Perkhidmatan Komuter akan dilanjutkan dari Batu Caves ke Selayang, beliau berkata, kerajaan sedang menimbang kemungkinannya.

"Terdapatnya permintaan daripada orang awam agar dibuat lanjutan itu. Pada masa ini, kami masih lagi meninjau kemungkinan. Keperluan jangka panjang untuknya dan lanjutan itu dilihat sebagai paling berdaya maju," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads