Selasa, 21 Jun 2011

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Modestos: Pelajar dilatih gerakan menghasut & menumbang kerajaan <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2011 08:07 AM PDT

SEREMBAN 20 Jun - Pelajar yang terlibat dalam gerakan didakwa menghasut untuk membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad di sebuah sekolah agama di Tampin telah diminta untuk berbaiah menyimpan rahsia, selain diajar cara mengadakan demonstrasi haram.

Salah seorang pelajar terlibat dikenali sebagai Ahmad, 18, memberitahu, mereka perlu membuat ikrar taat setia kepada kumpulan itu supaya ia tidak dihidu oleh orang lain dan jika mengingkarinya mereka akan ditimpa kecelakaan atau musibah.

Dalam pengakuannya kepada Utusan Malaysia, dia mendakwa program selama tiga hari dua malam itu dihadiri seramai 100 pelajar di sebuah ladang terpencil di Kuala Pilah dekat sini pada bulan lalu.

"Upacara baiah itu dilakukan sebagai tanda sumpah setia kami terhadap kumpulan itu dan kami juga dilarang sama sekali untuk membocorkan rahsia kepada umum atau kami akan menerima musibah jika diingkari.

"Majlis ikrar taat setia itu dijalankan di hadapan beberapa ustaz dan fasilitator yang datang dari beberapa buah universiti tempatan," dakwanya.

Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan, sebaik sahaja selesai upacara baiah itu, semua pelajar diajar untuk terbabit dalam demonstrasi bagi tujuan persediaan dan merasai pengalaman mengadakan perhimpunan haram.

Beliau berkata, dalam aktiviti itu, sebahagian daripada pelajar akan berlakon sebagai polis manakala satu kumpulan lagi bertindak sebagai penunjuk perasaan.

"Ketika mengadakan tunjuk perasaan itu, kami diminta bertakbir beberapa kali sekuat hati sambil berlakon melawan kumpulan yang menjadi anggota polis. Kami juga dibaling dengan kasut dan botol minuman plastik bagi merasai pengalaman berdemonstrasi.

"Sebaik sahaja aktiviti selama sejam itu berakhir, beberapa fasilitator kemudian memberi ceramah dan menceritakan pengalaman mereka menyertai perhimpunan haram," katanya.

Menurutnya, dia mula berasa curiga selepas menghadiri program itu kerana melihat apa yang dilakukan sudah jauh menyimpang dan menyalahi undang-undang negara.

Sementara itu, sumber dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini mengesahkan pernah wujud gerakan militan di sebuah maahad di Kuala Pilah.

"Kita tahu kehadiran beberapa pemimpin ekstremis di maahad berkenaan dan kita pantau perkembangan itu sehingga kini.

"Kita juga menyiasat dakwaan sekolah agama di Tampin yang dipercayai menanamkan kebencian kepada kerajaan dan mengajar demonstrasi kononnya atas jemputan program motivasi," kata sumber itu.

pemudatg kata: Perlu siasatan yang lebih mendalam mengenai fasilitator dan penganjur yang membawa pelajar-pelajar untuk melakukan demostrasi dan rusuhan. 

Ternyata ini sangat bahaya dengan pemimpin ekstremis yang mengajar untuk membuat huru hara negara.

Selidik sekiranya terdapat latihan yang membabitkan pengunaan senjata dan lain-lain.  

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads