05 di seremban - Google Blog Search |
Reminiscence: Photojog <b>di</b> Lake Garden <b>Seremban</b> Posted: 25 Jun 2011 02:10 AM PDT Salam Aku sangat suka jogging. Semasa berlari ni aku rasa sangat tenang. Aku suka rasa angin yang terpa kat muka aku. Aku suka jantung aku rasa lelah untuk mendapatkan oksigen yang cukup ke seluruh badan dan otak. Aku suka bila dapat tengok orang lain jogging. Aku dapat rasa kagum dengan pak cik tua, yang jogging lagi banyak pusingan daripada aku sendiri. Dengan jogging aku rasa bebas. Seronok sangat. Dan kalau ada pemandangan cantik di sekeliling, lagi suka. Sangat best. Kalau boleh hari-hari nak jogging. ![]() Harapnya dah kerja nanti, still boleh kekalkan momentum untuk jogging. Huhu. Dulu di kampus aku akan jogging kalau aku tak busy. Di kampus aku akan jogging di track. Sebab kawan aku kata, boleh melindungi hentakan kaki yang berlebihan dan maka dengan itu, kaki tak cepat penat, kita pun boleh jogging lagi jauh. Di rumah, aku akan jogging di Lake Garden Seremban. Setiap petang ramai akan berada di sini untuk jogging. Dan yang bagusnya, tiadalah sesak mana, sebab tempatnya luas. Kat sini aku jog sebanyak 3 round dan kemudian round yang terakhir, aku akan berjalan dengan kamera aku untuk menangkap gambar sekeliling. Sebab tempat ni lawa sangat. Korang usha kat bawah k;
Lepas dah habis jogging. Mesti kena cooldown. Sepatutnya dua kali ganda pusingan yang korang jogging tadi, hehe. Tapi aku amik ala kadar je ok. Maka, sesi berjalan aku diserikan lagi dengan sesi gambar. Maka jadilah Photojog. Dulu pun pernah photojog juga. Maka aku persembahkan gambar yang aku tangkap; ![]() ![]() ![]() ![]() Lepas tuh kan, ada mamat hensem tengah jogging tau. Ramai yang usha P/S: Tempat ni juga merupakan tempat tumpuan untuk Wedding Photo. Sapa-sapa nak kawin, boleh laa berposing di sini. |
You are subscribed to email updates from di seremban - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen