05 di rasah - Google Blog Search |
BABY SAGY!!!: KISAH BENAR : KISAH SERAM TAMAN <b>RASAH</b> JAYA Posted: 19 Mar 2011 11:45 PM PDT Assalamualaikum semua.. Kali ini aku nak cerita tentang kisah benar yang agak seram bagi diri aku sebab family aku sendiri yang mengalaminya.. Pada suatu masa dahulu, family ku berpindah ke Taman Rasah Jaya di Negeri Sembilan. Masa tu ayah ku bekerja di Nilai. Agak jauh juga la ulang-alik dari Rasah ke Nilai kan. Pada suatu malam, dalam pukul 2-3 pagi macam tu, sedang kami nyenyak tidur di ruang tamu bersama sepupu ku sekali, tiba-tiba ibu ku ternampak seekor kucing sedang mencakar-cakar kepala sepupu ku. Lalu ibu ku terus bangun untuk menghalau kucing itu tapi tiba-tiba kucing itu hilang. Pelik! Malam yang berikutnya, ketika kami semua tidur, ibu ku nampak kelibat seorang budak perempuan masuk ke bilik bawah. Bilik itu hanya dipenuhi dengan kotak-kotak yang berisi barang-barang kami yang masih belum dibuka. Kami semua suka tidur di ruang tamu yang berdekatan dengan bilik itu walaupun rumah tersebut mempunyai bilik lagi di tingkat atas. Yang peliknya, siapakah gerangan budak perempuan itu? Aku plak yang time tu berumur 1 tahun, selalu menangis tak henti-henti. Ke mana sahaja ibu ku pergi, aku akan ikut. Sampai ibu ku nak mandi pun aku tunggu je kat luar bilik air sambil menangis. Ibu ku hanya dapat mandi ala kadar je sebab tak sampai hati tinggal aku menangis melalak sorang-sorang kat luar pintu bilik air. Ayah ku yang bekerja di Nilai akan pulang ke rumah lewat malam. Kadang-kadang pukul 11pm, kadang-kadang pukul 12 lebih sampai 1 pagi baru sampai rumah. Jadi setiap malam ibu ku menunggu ayah ku di atas kerusi di depan pintu dan membuka lampu luar supaya sentiasa dalam keadaan terang. Ibu ku hanya akan masuk tidur selepas ayah ku sampai ke rumah. Kenapa? Sebab ibu ku tidak berani untuk tinggal bersama anak-anaknya di dalam rumah itu pada waktu malam tanpa ditemani ayah ku. Selepas sebulan tinggal di rumah itu, kami membuat keputusan untuk berpindah dari situ. Pada hari kami nak pindah tu, anak jiran sebelah rumah memberitahu kepada kakak ku bahawa dulu ada seorang budak perempuan mati di rumah itu. Semua orang yang berpindah ke rumah itu cuma dapat bertahan selama sebulan sahaja. Termasuk lah family ku. Dan lagi satu, ayah ku baru bercerita kepada ibu ku bahawa sejak hari pertama lagi dia dah tahu rumah itu mengusik. Semasa ayah ku dan kawannya membasuh bilik di atas, tiba-tiba sebiji guli bergolek ke arah ayah ku. Dari mana datangnya guli tersebut sedangkan dalam bilik itu tiada satu benda pun. Dan bagaimana guli itu boleh bergolek dengan sendirinya tanpa ada yang menggolekkannya? Nak kata angin, punca datangnya angin pun tiada. Ayah ku dan kawannya hanya melihat sahaja dan masing-masing terdiam. Mereka menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan kami semua kerana tidak ingin menakutkan kami. Persoalannya : Maaf la sebab tak sertakan gambar rumah tu sekali di sini. Aku dah pergi tengok rumah tu dengan ayah, ibu dan adik ku pada waktu malam. Memang agak menyeramkan. Rumah tu sekarang tidak lagi diduduki oleh sesiapa. Pokok pisang pun dah tumbuh depan rumah. Memang seram rupanya kalau dilihat. Nak-nak lagi waktu malam kan. Tapi aku tak puas lagi tengok sebab hari tu lupa nak bawa kamera! DAMN! Then ibu ku suruh aku pergi dengan cik abang. Kalau cik abang tak nak pergi, ibu ku akan ajak ayah ku bawa aku pergi tengok rumah tu lagi sekali. Nanti lagi sekali aku pergi, aku nak bawa kamera, tangkap gambar rumah tu, then display kat sini yep! So nantikan...^_^ Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di rasah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan