Khamis, 2 Jun 2011

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Al-Ahmadiyyah-<b>rasah</b>: Gambar-gambar Terkini Projek Pembinaan Pusat <b>...</b>

Posted: 07 May 2011 03:37 PM PDT

Assalamualaikum wm wbr.
Projek pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat AlAhmadiyyah di Kampung Pondok Rasah, Seremban, sedang giat dijalankan. Sehingga kini pembinaannya telah mencapai 35%. Kejayaan projek ini adalah hasil sumbangan idea dan dana dari pelbagai pihak khususnya para ikhwan Tarekat AlAhmadiyyah dari seluruh pelusuk tanah air termasuk Singapura dan Brunei.
Insyaallah, matlamat membangunkan sebuah bangunan untuk Pusat Pengamalan Tarekat AlAhmadiyyah akan dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah memberi Kelulusan Pelepasan Cukai kepada penderma di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 - Tabung Pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiah Idrisiah Rashidiah Dandrawiah berkuatkuasa mulai 01.03.2011. No.Rujukan ialah LHDN 01/35/42/51/179-6.6447

Pusat Pengamalan Tarekat AlAhmadiyyah bakal menjadi Akademi Sufi yang terulung di Malaysia dan Nusantara bahkan pada peringkat antarabangsa . Dengan adanya Pusat Pengamalan Tarekat AlAhmadiyyah ini , pengurusan dan pentadbiran tarekat akan dapat dijalankan dengan teratur. Ahli-ahli Tarekat Ahmadiyyah akan didaftarkan dan aktiviti pendidikan serta latihan akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan semua ahli mematuhi akidah dan syariat Islam . Pelbagai aktiviti sudah dirancang untuk faedah masyarakat Islam berlandaskan aktiviti keilmuan dan amalan kerohanian. Antaranya ialah Majlis-majlis Ilmu, Bicara Sufi, Muzakarah dan Seminar Tasawuf, Majlis Zikir, Penyelidikan, Konsultasi Sufi dan Rawatan kerohanian. Di samping itu Pusat Pengamalan juga akan mendapatkan khidmat pakar dengan menganjurkan kelas Membaca Al-Quran, Ilmu Tajwid, Ilmu Tafsir, Ilmu Hadis, Kemahiran Hafazan, kalighrafi( Khat Jawi ) dan lain-lain untuk pelbagai peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Jelasnya, Pusat Pengamalan Tarekat AlAhmadiyyah menawarkan khidmat dan sumbangan untuk membentuk masyarakat yang beriman & bertaqwa, berilmu ,beramal serta berbakti, berpandukan Al-Quran dan AsSunnah.

Oleh itu, sokongan dan sumbangan masyarakat Islam sangatlah dialu-alukan. Sumbangan DANA sangat diperlukan bagi menyempurnakan pembinaan projek ini. Teruskan sumbangan tuan / puan kerana ' Setiap sen dari sumbangan anda sangat BERMAKNA bagi menjayakan projek pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat AlAhmadiyyah! '. Teruskan menyumbang kerana ianya adalah sebahagian dari amal jariah yang akan berterusan ganjarannya hingga Akhirat. Semoga Allah menerima dan memberkati usaha kita , Amin ya Rabbal Alamin.

Bendahari,
JK Pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat AlAhmadiyyah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads